TERKINI

Kebebasan bersuara sudah diganti kebebasan tidak bersuara – Mahathir

Mahathir Mohamad – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 29 Mei 24 – Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kebebasan bersuara hari ini sudah digantikan dengan kebebasan tidak bersuara.

Menurutnya, isu keselamatan, kestabilan dan keamanan negara menjadi alasan untuk menutup mulut sekalipun ketidakadilan berlaku.

“Tidak bersuara menjadi hak istimewa rakyat Malaysia. Ia menyumbang kepada keselamatan, kestabilan, keamanan Negara.

“Demikian jika undang-undang tercabul, rakyat berhak tidak menegur.

“Jika ketidakadilan berlaku hak rakyat ialah menutup mulut supaya negara stabil dan aman.

Dalam entri yang sama, Mahathir juga menyindir kerajaan berkaitan isu RCI Pulau Batu Putih dengan menyifatkan keistimewaan hari ini ialah dengan mengadakan pelbagai tuduhan kepada rakyat tetapi dibicara secara tertutup.

“Satu lagi cara rakyat bebas ialah dengan mengada tuduhan ke atas rakyat dibicara secara tertutup.

“Rakyat bebas tidak bersuara tentang perbicaraan atau perbincangan yang dilakukan secara rahsia.

“Dengan tidak membantah perbicaraan secara rahsia kes-kes, keadilan akan tercapai dan negara terus aman dan makmur.

21 Mei lalu, Mahathir mendakwa beliau dan wakil beliau dihalang untuk hadir ke prosiding Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berkaitan Pulau Batu Putih yang diadakan hari tersebut. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp