TERKINI

Kemungkinan 1 Syawal tidak disambut serentak di rantau ini – Ketua Majlis Ulama Indonesia

foto kredit harian post

Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI), Abdullah Jaidi menjangkakan terdapat  kemungkinan waktu penentuan 1 Syawal di negara itu berbeza atau tidak jatuh pada tarikh yang sama dengan negara-negara lain di rantau ini, termasuk Malaysia.

“Alhamdulillah kita serempak berpuasa pada tanggal itu hari tanggal 23 Maret (Mac) 1 Ramadan yang kemungkinan terjadi perbezaan adalah nanti di satu Syawal.

“Tetapi mudah-mudahan perbezaan ini atau bisa dicari penyelesaiannya dengan baik,” katanya dalam sebuah video yang dimuatnaik oleh KompasTV di Youtube disini https://youtu.be/5w0narqlG24

Abdullah berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas di Jakarta, semalam.

Kemungkinan perbezaan sambutan Aidilfitri di rantau ini pada tahun ini adalah kerana ketika matahari terbenam, pada 20 April 2023, kedudukan bulan di Indonesia tidak memenuhi kriteria baharu Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, dan Singapura (MABIMS) iaitu ketinggian minimum 3 darjah dan pemanjangan 6.4 darjah.

Walaupun umat Islam Indonesia mungkin merayakan pada tarikh berbeza, Abdullah berharap agar perkara itu tidak menimbulkan sebarang pertikaian. – sumber malaysiakini

Facebook
Twitter
WhatsApp