TERKINI

Kenyataan Nazri Aziz Tiada Apa-apa Nilai – Ibrahim Ali

foto kredit malaymail

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2023 – Kenyataan Nazri Abdul Aziz, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat yang meminta kerajaan mengenakan tindakan Akta Hasutan kepada Tun Dr Mahathir, dibidas oleh Ibrahim Ali yang menyifatkannya sebagai kenyataan yang tidak ada apa-apa nilai.

Dalam satu kenyataan media, Presiden Putra, Dato Dr Ibrahim Ali mengatakan bahawa Proklamasi Orang Melayu tidak boleh disamakan dengan Operasi Lalang 1987 kerana, sebelum berlakunya Ops Lalang, kenyataan bersifat kebencian dan perkauman wujud dan ini tidak sama dengan Proklamasi Orang Melayu tidak menyentuh sama sekali kaum lain.

“Sebelum operasi lalang berlaku banyak perhimpunan berlaku dengan ucapan-ucapan yang bersemangat anti cina. Kemuncak adalah perhimpunan di Stadium Kampong Baru. Ramai di tangkap termasuk saya kerana saya tidak lari sebelum atau selepas perhimpunan.”

“Ianya amat berbeza dengan cadangan Majlis Proklamasi Orang Melayu yang akan diadakan dalam Dewan Hotel atau Dewan Sime Darby yang akan di hadiri oleh jemputan khas sekitar 350 orang. Ianya anjuran Sekretariat Melayu, ulas Ibrahim Ali.

Beliau turut mengingatkan bahawa Tun M tahu bagaimana nak menjaga keselamatan negara dan isu perkauman. Tun Mahathir sudah berumur 98 tahun dan telah dua kali menjadi Perdana Menteri.

“Tak payah lah nak ajarnya dan ajarlah diri sendiri yang hidup atas dasar mengampu, ujarnya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp