KUALA LUMPUR, 29 Mac 2023 – Kenyataan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM) Prof Dr Hasan Mad yang mendakwa Tun Dr Mahathir mecipta kontoversi untuk menarik perhatian rakyat disifatkan amat mengecewakan orang-orang Melayu. Kata Dato Seri Khairuddin Abu Hassan, salah seorang Ahli Jawatankuasa Sekretariat Orang Melayu, hari ini.
“Kita amat kecewa dengan golongan yang sepatutnya dikenali sebagai cerdik pandai, tetapi pada realitinya mereka ini lebih mementingkan agenda peribadi dari untuk menyelamatkan masa depan anak bangsa kita, ujarnya.
Khairuddin juga menyatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah digantikan dengan Wawasan 2020 berdasarkan kepada keperluan kesesuaian peralihan masa pada waktu.
“Wawasan 2020 diperkenalkan setelah kajian secara sistematik, mendalam, menyeluruh, berterusan dan mengikut keperluan perubahan zaman dalam segenap sektor ketika itu sebagai penambahbaikan berdaya-saing dengan perkembangan sains dan teknologi yang berkembang terlalu pesat di negara-negara luar khususnya.
“Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun kaum-kaum asing juga amat cemerlang dibidang ekonomi, pendidikan serta sektor-sektor lain. Tambah beliau lagi.
Menurut Khairuddin, dasar pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad amat adil dan saksama kepada keseluruhan rakyat di negara ini.
“Penekanan program transformasi Melayu dipecut tanpa sebarang agenda untuk mensabotaj hak kaum-kaum lain.
“Kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad amat adil dan saksama walaupun beliau ketika itu banyak bercakap seterusnya melaksanakan agenda bagi memajukan bangsa melayu. Katanya.
Dalam satu kenyataan yang lain, Presiden Perkasa Syed Hasan Syed Ali menyanggah kenyataan Setiausaha Agung MPM bahawa bukan Dr Mahathir yang mencipta kontoversi untuk mencari perhatian sebaliknya pemimpin-pemimpin Melayu telah melupakan perjuangan sebenar.
“Tun bukan mencipta topik kontroversi untuk dapat perhatian, tetapi pemimpin-pemimpin Melayu yang lupakan perjuangan sebenar adalah yang menjadi punca mengapa Tun terus berada persada politik sebab dengan politik sahaja, ia boleh tentukan kepentingan orang Melayu diselamatkan dan diperkasakan.
Menurut Syed Hassan, ramai pemimpin-pemimpin Melayu yang berjumpa Tun meminta beliau bersuara demi selamatkan Melayu dan negara.
“Tun dah bersara secara sukarela ketika parti masih kuat dan negara kembali stabil selepas bangkit dari serangan oleh penyangak matawang. Untuk apa Tun letak jawatan jika beliau nak kekal dalam politik negara?
Beliau turut menambah bahawa keadaan orang Melayu semakin tenat kerana ada usaha untuk menghapuskan monopoli yang mensasarkan usahawan Melayu. – malayadaily.com