TERKINI

Kerajaan Perlu Laksana Dasar Ekonomi Yang Jelas dan Berkesan – Rais Yatim

Rais Yatim – Foto The Star

KUALA LUMPUR, 2 Sept 2023 – Bekas Yang di-Pertua Dewan Negara, Dato’ Seri Utama Rais Yatim menggesa kerajaan agar mewujud dan melaksanakan dasar ekonomi yang benar-benar jelas dan berkesan kepada rakyat.

Beliau juga memberikan pendapat agar mengurangkan harga petrol, diesel dan elektrik.

“Mulai hari ini sempena Merdeka 66 tahun kerajaan, khas perdana menteri, wajib wujudkan dan implimentasi dasar ekonomi yang benar-benar jelas dan berkesan membantu rakyat dalam perolehan makanan mampu untuk keluarga.

“Kurangkan harga bahanapi – petrol, diesel, letrik. Ujar beliau diruangan media sosialnya, facebook, hari ini.

Beliau juga secara sinis mencadangkan agar air untuk minuman rakyat wajib diberi percuma atau (harga) nominal seperti yang dibuat Libya di bawah Muammar Gaddafi dulu.

“Mana-mana syarikat Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang untung berbillion ringgit macam Tenaga Nasional Berhad (TNB), buat apa nak naikkan tariff? Curah untung untuk rakyat. Ujarnya.

Rais juga antara lain mencadangkan agar Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dihidupkan semula, pengarajan subjek patriotisme, adat, budi, serta menjadikan motto ‘Pentadbiran Demi Rakyat’.

“Kini Intan dah lesu. Dah tak Intan lagi sebab Ketua Setiausaha Negara (KSN) tak gerakkan.

“Kaji semula kerja pegawai daerah yakni tuan-tuan DO kita.

“Mereka dah tak kenal buah jerami di kampung sebab leka bermesyuarat, tak turun padang lagi macam masa Tun Razak dulu (saya anak didik TR). Ujarnya.

Disamping itu Rais menggesa agar diberikan peruntukan kecil kepada semua wakil rakyat.

“Ingat Pekara 8 Perlembagaan Persekutuan – kesamarataan di sisi undang-undang.

“Jangan lupa asingkan kuasa Parlimen dari kuasa Eksekutif seperti yang dicanang masa Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) jadi ketua lembangkang 11 bulan lalu.

“Asingkan Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang dari fungsi Ketua Pendakwaan.

“Pelawa parti pembangkang dalam mesyuarat implimentasi projek demi negara. Ingat dalam Madani mesti ada musyawarah. Jika tiada musyawarah dalam MADANI, Madani jadi MAD.

“Erti ‘MAD’ dalam bahasa Inggeris faham sajalah. Katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp