TERKINI

Ketua pembangkang Israel seru Benjamin Netanyahu letak jawatan

Yair Lapid (kiri), Netanyahu (kanan) – foto I24news

TEL AVIV, 16 Nov 2023 – Ketua pembangkang Israel, Yair Lapid buat pertama kalinya menyeru Benjamin Netanyahu untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Menurut laporan berita Al Jazeera, dalam satu temu bual dengan saluran berita Channel 12 Israel, tokoh pembangkang itu menegaskan, Netanyahu sepatutnya meletak jawatan kerana beliau telah kehilangan kepercayaan daripada rakyat.

“Netanyahu harus segera berundur semasa pertempuran ini berlangsung. Kita perlukan sebuah kerajaan yang boleh dipercayai,” kata pemimpin parti Yesh Atid ini secara terbuka.

Dalam masa sama, Lapid mencadangkan parti pimpinan beliau boleh membentuk sebuah kerajaan dengan Likud Netanyahu dan parti politik lain.

Dalam masa sama, Times of Israel melaporkan, Likud mengkritik seruan yang dibuat Lapid dan menuduhnya “bermain politik semasa perang.” – Agensi/ Awani

Facebook
Twitter
WhatsApp