KUALA LUMPUR, 18 Jun 2023 – Khazanah Nasional Bhd dan Boustead Holdings Bhd telah melepaskan aset KidZania Singapore kepada Sim Leisure Group Ltd yang merupakan syarikat tersenarai di Singapura pada harga S$110,000 (RM380,000), selepas memenuhi syarat syarat perjanjian itu.
KidZania Singapore, yang dibuka pada Julai 2016 di Pulau Sentosa, ditutup sepenuhnya pada 2020 selepas pandemik Covid-19 melanda.
Sim Leisure, dalam memfailkan kepada Bursa Singapura pada Isnin lalu, berkata, syarikat itu juga telah memperoleh perjanjian dengan Sentosa Development Corp — pemilik premis KidZania Singapura beroperasi — untuk memajak ruang itu.
Sim Leisure menambah mendapatkan pajakan di premis itu adalah syarat yang ditetapkan di bawah perjanjian penjualan aset bersyarat yang ditandatanganinya dengan Rakan Riang Pte Ltd yang mengalami masalah kewangan pada Jun 2020 untuk pembelian semua aset bukan alih KidZania Singapura.
Rakan Riang, adalah syarikat usaha sama milik 80% cabang riadah dan pelancongan Khazanah Destination Resorts & Hotels Sdn Bhd (DRH) yang dahulunya dikenali sebagai Themed Attractions Resorts & Hotels Sdn Bhd baki 20% lagi dimiliki oleh anak syarikat milik penuh Boustead, Boustead Curve Sdn Bhd adalah pemilik KidZania Singapore.
Pembelian KidZania Singapore akan dilakukan oleh syarikat baharu milik penuh Sim Leisure’s iaitu Kids Edutainment Pte Ltd.
Sim Leisure menyatakan bahawa perjanjian penjualan aset KidZania Singapura telah dimeterai antara kumpulan itu pada September 2020, ketika Rakan Riang digulung.
Rakan Riang dilaporkan berhutang S$53.4 juta kepada lebih 1,000 pihak termasuk perniagaan dan agensi kerajaan di Singapura, yang mana S$50 juta daripadanya disenaraikan sebagai tuntutan oleh DRH.
Khazanah dalam satu kenyataan berkata walaupun Rakan Riang melakukan usaha terbaik untuk mencapai kedudukan kewangan yang stabil untuk KidZania, pandemik dan kesan ekonomi yang menyusul telah melembapkan jualan tiket dan menjejaskan rakan komersial yang memberi kesan kepada prestasi kewangan keseluruhannya.
“Ini membawa kepada penggulungan sukarela dan pelantikan pelikuidasi pada 11 Jun 2020, untuk mendapatkan semula dan mencairkan semua aset Rakan Riang dan untuk mengagihkan hasil jualan kepada semua pemiutang.
Sim Leisure, yang merupakan pengendali baharu KidZania membeli semua aset bukan alih daripada pelikuidasi dan meneruskan rundingan lesen francais dengan KidZania Mexico.
“Keputusan Sim Leisure untuk memulakan semula KidZania di Singapura seperti pengumuman mereka bertarikh 12 Jun 2023 tidak berkaitan dengan DRH atau mana-mana anak syarikat kami, kerana lesen operasi Rakan Riang telah ditamatkan pada Jun 2020,” tambahnya. – The Edge