TERKINI

Khidmat Tan Sri Azam Baki Disambung Hingga Mei 2023 – KSN

Azam Baki – foto Malaysiapost

PUTRAJAYA, 10 Mei 2023 – Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkuat kuasa Jumaat ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan, hari ini.

“Pelantikan itu adalah untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2023,” katanya.

Menurut beliau, pelantikan semula Azam adalah untuk tempoh selama setahun dan ia telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Azam yang sudah berkhidmat selama 36 tahun dengan SPRM, mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp