TERKINI

KKM Arah Tarik Balik Mi Segera Mengandungi Ethylene Oxide

Gambar hiasan – foto remaja

KUALA LUMPUR, 26 April 2023 – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini telah mengeluarkan arahan kepada kepada syarikat untuk penarikan balik secara sukarela produk Mi Kari Putih Penang Alai.

“KKM telah mengeluarkan arahan kepada pihak syarikat untuk penarikan balik secara sukarela produk mi segera bagi keluaran yang mempunyai tarikh luput 25 Ogos 2023 dari pasaran tempatan sekiranya ada. bagi batch berkaitan yang mempunyai tartikh luput 25 Ogos 2023 dari pasaran tempatan sekiranya ada.

Dalam kenyataan yang sama, KKM mengambil maklum laporan pihak berkuasa kesihatan Taiwan mengenai isu pencemaran Ethylene Oxide dalam dua produk mi segera dari Malaysia dan Indonesia.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata Ethylene Oxide merupakan sebatian gas kimia yang karsino-genik dan sering digunakan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.

Katanya, ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci namun penggunaannya tidak dibenarkan pada permukaan yang bersentuhan makanan.

Dr Muhammad Radzi berkata, bagi sampel mi kari dari Malaysia yang terbabit, persampelan di negara ini mendapati ia mematuhi perundangan.

“Berdasarkan semakan data dari Food Safety Information System Of Malaysia, KKM juga mengesahkan bahawa terdapat kemasukan produk mi segera jenama dari Indonesia yang terbabit ke negara ini.

“KKM telah mengeluarkan arahan untuk tindakan tahan, uji dan lepas bagi produk mi segera dari Indonesia itu di semua pintu masuk negara dan meminta pihak syarikat menarik balik secara sukarela produk terlibat dari pasaran,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya susulan isu penarikan semula produk mi segera keluaran Indonesia yang mengandungi Ethylene Oxide pada 2022, KKM telah menjalankan pemantauan keselamatan makanan yang berterusan ke atas produk makanan berkaitan yang dijual di pasaran tempatan mahupun yang diimport.

“Hasil pemantauan dari 2022 sehingga kini ke atas 36 sampel produk mi segera pelbagai jenama di pasaran tempatan, didapati 11 sampel produk terbabit telah mengandungi Ethylene Oxide dan tindakan penguatkuasaan telah diambil.

“Tindakan yang diambil termasuklah kompaun, tindakan mahkamah dan juga penarikan balik produk dari pasaran.

Beliau berkata, pengguna dinasihatkan tidak mengambil atau memakan produk terlibat dan sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu ini, pengguna boleh menghubungi pejabat kesihatan daerah yang terdekat atau menyalurkan melalui laman web moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp