TERKINI

Kuasa ‘veto’ wujud kerana salah tafsir undang-undang – Mahathir

Mahathir Mohamad – foto Pejabat TDM

PUTRAJAYA, 23 Apr 24 – Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan wujudnya kuasa veto dalam organisasi dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang meletakkan diri mereka di atas undang-undang.

Dalam kenyataan terbarunya, hari ini, Mahathir menjelaskan bahawa kuasa tersebut wujud kerana tafsiran yang salah terhadap undang-undang antarabangsa.

“Tafsiran yang salah terhadap undang-undang antarabangsa yang pertama ialah penerimaan bahawa pemenang mempunyai hak untuk mendakwa dan menghakimi dakwaan jenayah perang yang dilakukan oleh pihak yang kalah. Ujar Mahathir.

Mahathir dalam mengulas isu global khususnya berkaitan keganasan Isarel di palestin, turut menegaskan bahawa Amerika Syarikat secara terbuka menolak konsep kesaksamaan setiap negara di bawah undang-undang dimana Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu peruntukan dibuat untuk pengecualian atau pengecualian bagi negara-negara tertentu.

“Malah negara-negara yang menggubal undang-undang meletakkan diri mereka di atas undang-undang. Mereka memberi diri mereka kuasa veto.

“Sekarang kita melihat sebuah negara secara terbuka melanggar undang-undang antarabangsa dan terlepas daripadanya. Kata beliau

Minggu lalu, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengiktiraf negara Palestin.

Pengundian yang dilakukan dalam sidang Majlis Keselamatan PBB (UNSC) itu secara langsung menafikan Palestin keahlian penuh dalam badan dunia itu.

AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin dan bukan melalui tindakan PBB.

Ia membantah deraf resolusi yang mengesyorkan kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB (UNGA) supaya Palestin diterima menjadi ahli PBB. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp