TERKINI

Kumpulan Nelayan Senarai Lima Tuntutan Kepada Calon PRN Pulau Pinang

Persatuan nelayan Unit Nelayan Sungai Batu – foto Persatuan Nelayan

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2023 – Sebanyak lima tuntutan penting yang dikemukakan oleh kumpulan nelayan Pulau Pinang kepada calon-calon Pilihanraya Negeri, antara yang utama ialah menghentikan projek penambakan laut di selatan perairan negeri itu.

Dalam satu sidang akhbar, Jawatankuasa Tolak Tambak bersama pemimpin persatuan nelayan Unit Nelayan Sungai Batu, Teluk Kumbar berkata, antara lain tuntutan yang dibuat ialah menggalakkan sumber ekonomi biru yang membawa pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“Contohnya, sektor ekopelancongan marin yang dapat meransang ekonomi tempatan dan terus memberi sokongan kepada komuniti persisir pantai.

Tuntutan ketiga adalah melaksanakan konservasi dan pemeliharaan laut yang mana kumpulan nelayan mahu kerajaan melaksanakan peraturan yang lebih ketat untuk mengurangkan pencemaran dan melindungi habitat-habitat penting.

5 Tuntutan Nelayan Pulau Pinang

Manakala tuntutan keempat, kumpulan tersebut mahu satu pengiktirafan kampung nelayan sebagai tapak warisan dan tuntutan terakhir, menuntut agar diadakan satu pelan induk strategik berkaitan ketahanan iklim.

“Membangunkan dan melaksanakan pelan strategik yang membantu nelayan untuk menyesuaikan diri dan berdaya tahan terhadap kesan perubahan iklim. Ujarnya dalam kenyataan media.

Terdahulu, Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau yang juga calon PN bagi kerusi DUN Bayan Lepas turut menyertai sidang akhbar tersebut, semalam.

Menjelaskan lebih lanjut, Dominic berkata, bantahan PN terhadap projek tambak laut di perairan selatan Pulau Pinang itu juga selari dengan tuntutan nelayan negeri itu yang mana kawasan tersebut merupakan lokasi strategik bagi sektor perikanan dan pelancongan.

“Kita bukan mahu menghalang pembangunan, tetapi Pembangunan yang dibawa oleh DAP di Pulau Pinang ketika ini adalah hanya membina kondominium dan rumah mewah yang tidak mampu dibeli oleh anak-anak Pulau Pinang,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan rancangan projek tambak laut Pulau Pinang Selatan (PSI) dikurangkan daripada tiga kepada hanya satu pulau iaitu melibatkan pengurangan 1,821 hektar (4,500 ekar) tambakan laut kepada hanya 930 hektar (2,300 ekar).

Bagaimanapun, projek PSI itu terus mendapat bantahan majoriti golongan nelayan negeri ini termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan alam sekitar yang mendesak ia dibatalkan sepenuhnya, bukannya hanya dikurangkan kepada satu pulau. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp