TERKINI

Laluan Selatan Gaza-Mesir dibuka untuk bantuan kemanusiaan

Konvoi bantuan kemanusiaan – foto Berita Harian

GAZA, 16 Okt 2023 – Lintasan Rafah di selatan Gaza-Mesir telah dibuka bagi memberi laluan konvoi bantuan kemanusiaan memasuki Gaza, hari ini.

Laporan agensi antarabangsa memaklumkan, Lintasan Rafah dibuka pada jam 9 pagi waktu tempatan.

Ia sekali gus memberi harapan kepada rakyat Palestin di Gaza yang berdepan malapetaka kemanusiaan selepas rejim Zionis Israel menyekat bekalan air, elektrik, dan makanan memasuki Gaza sejak empat hari lalu.

Badan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia dalam ciapan di laman X turut berkongsi perkara sama.

Dilihat ratusan lori kontena membawa barangan makanan, perubatan serta keperluan memasuki Gaza, diikuti puluhan ambulans dari Mesir bagi membantu mangsa-mangsa yang cedera.

Mesir juga membenarkan warganegara asing termasuk Amerika Syarikat (AS) melintasi sempadan itu.

Ia selepas Mesir memberi tekanan kepada AS bahawa warganegaranya di Gaza tidak akan dibenarkan melintasi sempadan itu sekiranya rejim Zionis tidak menghentikan serangan udara ke atas bumi Gaza. – Awani

Facebook
Twitter
WhatsApp