TERKINI

Lantikan Nurul Izzah : PETA persoalkan penafian MOF

Zool Amali Hj Hussin (tengah) – foto Facebook Chegu Bard

KUALA LUMPUR, 16 Feb 2024 – Seketeriat Pembela Tanah Air (PETA) mempersoalkan kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) bahawa dokumen kontrak berhubung lantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Perdana Menteri yang tular di media sosial, adalah fitnah.

Dalam satu kenyataan media, wakil Peta, Zool Amali Hj Hussin berkata, ini kerana dalam kenyataan yang sama, MOF sendiri mengesahkan bahawa terdapat dokumen perjanjian sah yang ditandatangani oleh Nurul Izzah, yang memberikan khidmat nasihat kepada Laksana secara ‘pro bono’.

“Dalam kenyataan Kementerian Kewangan sendiri akui kewujudan dua dokumen. Maka dokumen yang tular itu memang wujud dan asli bukan palsu. Katanya.

Zool turut membangkitkan persoalan mengenai kenyataan tersebut samada Kementerian Kewangan cuba menyelamatkan keadaan apabila mengatakan dokumen yang tular itu “fitnah”.

“Adakah perjanjian perjawatan kedua yang konon “pro bono” wujud selepas masyarakat mengecam tindakan Anwar menamakan anaknya sendiri sebagai penasihat?

“Persoalannya, Izzah ialah Penasihat Ekonomi dan Kewangan Anwar Ibrahim, untuk apa pula dia dilantik sebagai penasihat LAKSANA kalau bukan untuk dibayar elaun dan gaji serta menikmati fasiliti bagi dia cover tugasan sebagai Penasihat PM? Soal Zool.

Baru-baru ini, Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dibayar sebagai Penasihat kepada Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana).

MoF dalam satu kenyataan berkata, perjanjian sah ditandatangani Nurul Izzah adalah untuk memberikan khidmat nasihat kepada Laksana secara ‘pro bono’ atau tanpa mengambil imbuhan kewangan mahupun sebarang faedah, sepertimana dimaklumkan kepada umum.

“Hantaran yang tular di media sosial baru-baru ini adalah palsu dan fitnah semata-mata.

“Dokumen perjanjian yang diuar-uarkan di media sosial merupakan sebuah draf tawaran tidak sah,” katanya menerusi hantaran di platform X. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp