TERKINI

Laporan kajian SSPA siap dalam dua bulan – PM

Gambar hiasan – foto Harian Metro

PUTRAJAYA, 6 Feb 2024 – Laporan akhir kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dijangka siap dalam tempoh dua bulan dari sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tempoh berkenaan lebih cepat berbanding jangkaan awal sebelum ia dibentangkan ke Kabinet untuk dimuktamadkan.

“Alhamdulillah (laporan) lebih cepat daripada apa saya jangkakan keputusannya, tetapi ia diimbangi dengan keupayaan (ekonomi) kita.

“Sebab itu saya mulakan (kajian) dan tidak mahu katakan ia sengaja dilengah-lengahkan kerana sudah 12 tahun menunggu, dengan ‘committee’ (jawatankuasa) lagi, ada jawatankuasa koordinasi (seterusnya) ada jawatankuasa koordinasi ‘super’, kemudian jawatankuasa Kabinet, kemudian jawatankuasa dipengerusi Perdana Menteri.

“Ada 15 jawatankuasa, baru nak putuskan (keputusan), tidak. Kita ambil ‘fast track’ dan kalau tak selesai juga, tukar Perdana Menteri,” katanya pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di sini pada Selasa. – Sinar Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp