TERKINI

Laungan “Peliwat!” Didengar Di Dewan Rakyat

Sidang Dewan Rakyat – foto Agenda daily youtube

KUALA LUMPUR, 20 Sept 2023 – Laungan peliwat dikeluarkan di Dewan Rakyat, oleh ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Mohd Radzi Jidin ketika pertelingkahan sewaktu ucapan penggulungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Sebelum itu, Anwar yang juga ahli Parlimen Tambun dalam ucapan penjelasan berhubung isu dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara sama turut dilakukan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

“Bila AG (Peguam Negara) buat keputusan saya tanya bukan bincang keputusan dia, apa alasan, dia bagi 11. Saya minta penjelasan dia. Kamu boleh gelak Putrajaya, kerana kamu buat, masa pentadbiran kamu buat itu,” kata Anwar, dalam ucapannya.

Sejurus itu, Radzi yang juga naib presiden Bersatu bangun membidas Anwar, dan meminta beliau menarik balik kenyataan tersebut, yang menurutnya berniat jahat dan melampau.

“Ini tujuan jahat.Perkara 36(6). Tidak ada kaitan dengan saya. Tarik balik!

“Ini berniat jahat. Melampau. Tarik balik. Ini maruah saya. Saya takkan duduk. Speaker perlu adil. Jelas menuduh saya tanpa sebarang bukti,” katanya

Keadaan kemudian kecoh dengan beberapa ahli Parlimen dari pihak kerajaan dan pembangkang mula bangun berperang mulut antara satu sama lain.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul kemudian meminta Anwar memberikan penjelasan dan beliau mengatakan Anwar yakin dengan perkara yang dilakukan bangkitkan itu dan mengarahkan Anwar meneruskan ucapannya

Ia kemudian membuatkan Radzi melaungkan perkataan “peliwat” beberapa kali, kerana tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

“Saya yakin Tambun peliwat. Saya yakin dia peliwat. Saya yakin dia peliwat,” jeritan Radzi, berulang kali.

Kekecohan kemudiannya menarik perhatian Ketua Pembangkang yang juga ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang bangun mengatakan tuduhan Anwar itu mencemar imej Radzi kerana tuduhan tidak benar.

“Saya mendengar ucapan Tambun, dengan penjelasan yang belum selesai, ada pertelingkahan. Di mana sebut kamu yang buat. Putrajaya.

“Jadi sebagai satu tuduhan. Maka sebab itu Putrajaya bangun kerana merasakan tak adil buat tuduhan. Kalau betul pun ada jelas biarlah betul-betul selepas dah ada bukan sebelum ada. Ini Putrajaya bangkit selamatkan maruah dia

“Kita bincang DNAA perkara sudah berlalu. Tidak ada kena mengena sebut Putrajaya, sebab itu dia bangun pertahankan maruah dia. Saya minta jelaskan.

“Nanti kawan-kawan saya masukkan bab lain susah,” kata Hamzah.

Kekecohan terus berlarutan sehingga memaksa Johari mengarahkan Radzi keluar daripada Dewan Rakyat.

Sebagai tanda solidariti kepada Radzi, kesemua ahli Parlimen pembangkang juga mengambil pendirian sama dan bertindak meninggalkan Dewan. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp