TERKINI

Mahathir bingung dakwaan jenayah terancang

foto Pejabat TDM

KUALA LUMPUR, 3 Okt 24 – Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan kebingungannya mengenai laporan bahawa wujudnya jenayah terancang terhadap satu pihak, tetapi pada masa yang sama butiran mengenai jenayah terancang tersebut tidak diberi penjelasan.

Mahathir dalam kenyataan dipercayai merujuk kepada dakwaan terhadap

Dalam kenyataan tersebut, Mahathir menzahirkan kekeliruannya dengan pendedahan bahawa organisasi jenayah tersebut bukan sahaja menjalankan aktiviti haram mereka tetapi juga organisasi tersebut turut membayar cukai pendapatan dan denda, ia sekali gus menimbulkan banyak persoalan tentang sejauh mana organisasi ini berintegrasi dalam sistem.

“Apa yang saya tidak faham adalah laporan bahawa mereka membayar cukai pendapatan dan juga denda.

“Adakah penjenayah membayar cukai? Bagaimana mereka mengisytiharkan sumber pendapatan mereka? Ujarnya.

Dalam kenyataan yang sama, beliau bagaimanapun menyokong tindakan polis terhadap jenayah terancang yang dikatakan beroperasi di sekitar 20 negara.

“Laporan menyatakan polis telah meminta negara-negara ini untuk bertindak terhadap penjenayah terancang ini. Apakah kerjasama yang ditunjukkan oleh polis asing? Adakah mereka menghantar kembali penjenayah ke Malaysia?

“Atau adakah mereka menangkap pengendali jenayah ini? Saya merasa bingung. Bolehkah seseorang menerangkan kepada saya?, soal Mahathir.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini memaklumkan bahawa mereka telah memulakan beberapa langkah lanjutan terhadap siasatan syarikat GISBH di 19 buah negara luar.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zin memaklumkan Nasiruddin yang merupakan pemimpin tertinggi GISBH itu antara 58 individu yang ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Baru-baru ini, Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempersoalkan pendakwaan berkait jenayah terancang dihadapi 22 ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di Mahkamah Sesyen Selayang, bulan lalu.

Dalam perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) meminta pihak berkuasa menjelaskan pertuduhan jenayah dirancang dilakukan tertuduh termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISBH Nasiruddin Mohd Ali.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri, Azura Md Yusof antara 22 individu dituduh menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di Mahkamah Sesyen Selayang baru-baru ini.

Kesemua tertuduh didakwa dibawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan [Akta 574] yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp