TERKINI

Mahathir Seru Penyokong Proklamasi Orang Melayu Undi Calon PN

Mahathir Mohamad – foto Sekretariat Proklamasi Orang Melayu

SHAH ALAM, 26 Julai 2023 – Pengerusi Proklamasi Orang Melayu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru agar sokongan diberikan kepada semua calon Perikatan Nasional (PN) pada enam pilihan raya negeri 12 Ogos ini.

“Pada PRN ini, Proklamasi Orang Melayu tidak boleh bertanding kerana kita tidak didaftar, sebab itu kita akan guna Perikatan (Perikatan Nasional),” katanya pada sesi Townhall Bicara Negarawan dan Agamawan untuk Rakyat Malaysia di Dewan i-City Convention Centre, i-City Central Walk pada Selasa.

“Kita tak perlu jadi ahli Perikatan (PN), tetapi kalau calon itu datang daripada perikatan, semua pihak akan sokong.

Mahathir juga menegaskan, hanya dengan sokongan tidak berbelah bahagi sahaja mampu memenangkan calon-calon PN pada PRN nanti.

Beliau juga menasihatkan agar rasa tidak puas hati terhadap mana-mana calon PN diketepikan sebaliknya memastikan gabungan itu mencapai kemenangan.

“Sebab itu kita mesti tentukan calon ini disokong, sama ada kita suka tak suka (calon) kita sokong calon ini.

“Dalam pilihan raya (negeri) ini kita ketepikan sedikit parti kita kerana masalah ini adalah masalah orang Melayu, tidak guna parti menang kalau orang Melayu kalah.

“Sebab itu apabila kita sudah tentukan siapa yang menjadi calon, jangan ada soal lagi, undi sahaja, calon yang diperkenalkan dengan nama Perikatan dan dengan logo Perikatan, simbol Perikatan.

Ini kali kita gunakan Perikatan sebagai parti yang berdaftar. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp