TERKINI

Mahathir Yakin Malaysia Akan Tingkatkan Hubungan Antarabangsa

Tun Mahathir dalam pertemuan majlis menteri dan menteri pertahanan Bosnia Herzegovina

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2023 – Pentadbiran kerajaan Malaysia hari ini yang memberikan lebih tumpuan dan fokus kepada isu domestik menyebabkan kurangnya penyertaan negara dalam melibatkan hubungan antarabangsa, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu mengakui dengan pelbagai isu dalaman yang belum selesai, perdagangan dengan negara luar agak terhad.

“Mengakui bahawa pentadbiran Malaysia hari ini lebih fokus kepada isu domestik menyebabkan kurangnya penyertaan dalam hal ehwal antarabangsa,” ujar Mahathir seperti dipetik dilaman sosial twitter.

Mahathir berkata demikian dalam pertemuan bersama naib pengerusi majlis menteri dan menteri pertahanan Bosnia Herzegovina Zukan Helez, di Sarajevo baru-baru ini.

Walaupun keutamaan Malaysia hari ini adalah isu domestik, Mahathir percaya negara ini sedar akan kepentingan untuk mengukuhkan hubungan dengan negara-negara seperti Bosnia Herzegovina khususnya membabitkan perdagangan, teknologi, dan pelancongan.

Namun begitu, Mahathir dalam pertemuan itu turut membangkitkan isu global seperti konflik Ukraine dan Rusia memberikan kesan kepada negara menyebabkan ketidakstabilan ekonomi dan inflasi.

“Malaysia akan tetap teruskan usaha memupuk keamanan melalui rundingan dan arbitrari bagi menyelesaikan konflik berbanding menggunakan perang sebagai jalan penyelesaian,” kata kemaskini itu.

Malah, Mahathir juga berkata ia dapat dibuktikan melalui hubungan antara negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang mana sebarang pertikaian diselesaikan melalui dialog dan perundingan.

Kebanyakan pertikaian juga dapat diselesaikan antara Malaysia, Indonesia, dan Singapura melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tanpa memerlukan peperangan. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp