TERKINI

Malaysia bukan amal aparteid – Penulis buku sejarah

Mohd Arof Ishak – malayadaily.com

KAJANG, 11 Dis 2023 – Penulis buku “The Malay Civilization”, Mohd Arof Ishak mempertikaikan pandangan segelintir pihak yang menganggap Malaysia mengamalkan dasar seperti Aparteid.

Beliau yang juga pesara sektor awam berkata, penggunaan istillah itu kena tepat iaitu sememangnya aparteid bermaksud ‘pengasingan’ berdasarkan warna kulit oleh kaum minoriti ke atas kaum majoriti di Afrika Selatan, tetapi bukan di Tanah Melayu atau Malaysia ketika ini.

“Yang pertama dari segi sejarah banyak berbeza antara dua negara dan penggunaan istillah itu pun kena tepat, memang aparteid bermaksud pengasingan, maka berlaku pengasingan di Afrika Selatan di mana kaum minoriti mengasingkan, kaum minoriti maksudnya mereka yang pendatang diasingkan rakyat asal pribumi yang meruapakan majoriti yang amat besar.

“Orang minoriti kulit putih memang pun dah kuat dari segi politik dari segi pentadbiran, semua dia kontrol, dari segi ekonomi kekayaan semua dia dah ada, apa sebabnya nak mengasingkan orang lain? sebabnya warna kulit, itu dia aparteid, warna kulit sahaja, sebab mengapa diasingkan.

Menurutnya, di Malaysia tidak ada pengasingan orang berdasarkan warna kulit sebaliknya kita semua bergaul dan berkumpul bersama-sama dari segi perumahan, ada orang Cina ada orang India orang Melayu semua ada, kita tak membezakan.

“Jadi kenapa ada umpamanya kuota dan pelbagai lagi, biasiswa dan sebagainya sebab untuk membantu rumpun Melayu dari segi, akibat dari kelemahan mereka dalam pendidikan dan ekonomi dan sebagainya sebagai satu bentuk dasar untuk menaikkan taraf mereka, bukan sebab warna kulit.

“Warna kulit bukannya masalah pada kita, tak pernah jadi masalah pada kita cuma sebab politik kita kurang sebab ekonomi kita kurang sebab pendidikan kita kurang itu saja sebabnya. Ujarnya.

Jadi kita bukan aparteid. Aparteid ni memang pengasingan berdasarkan warna kulit semata-mata tak ada sebab lain, so kita bukan aparteid, kita

Menurutnya lagi, yang ada (dasar) ketika ini adalah akibat apa yang disebutkan sebagai “special position” (Hak Istimewa) untuk orang Melayu dalam perlembagaan.

“Kedudukan khas orang Melayu dan sebagainya dan kepentinga sah kaum lain. Itu asasnya, ada sebab kenapa perlembagaan dibuat macam itu, ada sebabnya, bukan sebab aparteid. Katanya dalam wawancara bersama malayadaily, semalam. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp