TERKINI

Malaysia, Indonesia, Singapura Dan Thailand Sambut Aidilfitri Sabtu 22 April

Syed Danial Syed Ahmad – foto RTM

KUALA LUMPUR, 21 April 2023 – 1 Syawal jatuh pada 22 April ini. Umat ​​Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu ini.

Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023,” katanya menerusi siaran di televisyen.

Begitu juga umat Islam di Singapura, Indonesia dan Thailand yang akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu 22 April 2023.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas berkata Aidilfitri akan disambut pada Sabtu kerana “anak bulan Syawal pada Maghrib di Indonesia tidak memenuhi kriteria”. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp