TERKINI

Mansuh SSPA : Qiam bantah, dakwa cadangan tersebut beri implikasi negatif

Sirajuddin Hj Salleh – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 6 Feb 2024 – Pertubuhan Gerakan Qiam berpendapat cadangan pemansuhan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bakal mengundang pelbagai implikasi negatif kepada perkhidmatan awam di negara ini.

Dalam satu kenyataan media, hari ini, Presiden Qiam, Dato’ Sirajuddin Hj Salleh berkata aspek kesetiaan dan kejujuran dalam melaksanakan tugas.

“Cadangan pemansuhan SPPA bakal mengundang pelbagai implikasi negatif kepada perkhidmatan awam di negara ini, antaranya aspek kesetiaan dan kejujuran dalam melaksanakan tugas.

“Aspek motivasi juga mungkin menurun lantaran tiada SPPA.

“Kelompongan yang ada akan disikan bukan lagi oleh calun terbaik tetapi hanya mereka menjaga kepentingan materialistik mereka. Ujar beliau.

Menurut Sirajuddin, kecenderungan generasi muda untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam akan menurun dengan ketiadaan SPPA iaitu pencen yang lebih menjamin kelestarian hidup selepas persaraan.

“Ia merupakan satu tekanan dan cabaran kepada orang Melayu yang merupakan peratusan yang tertinggi dalam perkhidmatan awam .

“Konotasi kerajaan ini sengaja ingin hancurkan ekonomi Melayu tidak dapat dielakkan. Katanya.

Sirajuddin juga menegaskan bahawa tanpa perancangan yang teliti, dikhuatiri pihak kerajaan terpaksa mengambil penjawat awam secara kontrak jangka pendek, tanpa latihan yang komprehensif, akan mengundang pelbagai kesan negatif kepada perkhidmatan awam di negara ini.

“Perkhidmatan awam merangkumi pelbagai aspek kritikal perkhidmatan dan tugas untuk keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi itu sewajar nya mendapat kurniaan setimpal iaitu kelestarian penjawat awam selepas persaraan mereka dengan mengekalkan SPPA. Ujarnya.

Qiam, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dianggotai oleh bekas-bekas pegawai kerajaan, menggesa kerajaan untuk tidak meruskan rancangan memansuhkan SSPA.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Kabinet bersetuju perjawatan penjawat awam baharu kerajaan berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Beliau berkata, status berpencen penjawat awam sedia ada tidak terjejas, manakala penjawat awam baharu akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp