TERKINI

Masyarakat Harus Faham Hattan Beremosi Ketika Ditemubual – Dr Ahmad Idham

Ahmad Idham – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 30 April 2023 – Dr Ahmad Idham tampil membela Datuk Hattan dengan memohon agar masyarakat memahami Hattan mungkin sedang dalam emosi dan sedih ketika ditemubual menerusi telefon di siaran Awani yang mencetuskan kontroversi dikalangan netizen.

“Ya mungkin masyarakat kecewa akan sikap Datuk Hattan itu, tetapi saya juga mohon kepada masyarakat di luar sana juga memahami emosi beliau sebagai anak seni yang pada ketika itu baru kehilangan seorang sahabat baik.

“Saya percaya tindakan spontan cara menegur itu juga terbawak dengan emosi kekecewaan beliau apabila seorang wartawan tidak mendalami dan memahami soalan yang di tanya seolah olah tidak menghargai kerjaya arwah sahabatnya itu yang telah berjuang sebegitu lama di dalam dunia seni tanahair. Ujarnya

Ketika diminta mengulas kontroversi tersebut, Ahmad Idham juga berkata bahawa sebagai anak seni, beliau juga akan terasa kecewa apabila seorang wartawan tidak membuat ‘homework’ atau kajian atas isu atau perkara yang hendak ditanyakan.

Beliau turut menambah bahawa yang membezakan wartawan yang hebat ialah apabila mereka faham ‘subject matter’ yang bakal mereka tulis atau wawancara dan tidak sekadar bertanya input yang sahih dan nyata.

“Cuma apa yang saya lihat isu ini adalah lebih kepada cara ianya di tangani. Mungkin sebagai seorang yang lama di dalam Industri, masyarakat merasakan ada cara yang lebih diplomasi untuk menegur. Ujarnya.

Dalam kontroversi itu, penyanyi Hattan dikecam teruk oleh netizen selepas tindakannya ‘menyekolahkan’ pembaca berita sebuah stesen televisyen dalam siaran langsung. Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) juga menggesa agar Hattan memohon maaf secara terbuka berhubung kontoversi itu. – malaysiadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp