TERKINI

Masyarakat Perlu Sedia Ke Arah Pekerjaan Berkemahiran Tinggi – Prof Dr Sawal Ali

Sawal Hamid Md Ali – foto harian metro

KUALA LUMPUR, 3 Jun 2023 – Perkembangan AI (artificial intelligence) atau ‘kecerdasan buatan’ tidak memberikan kesan buruk kepada sektor pekerjaan, sebaliknya ia akan merubah landskap bidang pekerjaan.

Prof. Dr. Sawal Hamid Md Ali berkata, bidang pekerjaan yang menggunakan buruh secara intensif yang melakukan kerja-kerja rutin, akan digantikan dengan penggunaan robot dan AI.

“Perkembangan teknologi ini akan merubah lanskap bidang pekerjaan di mana sektor pekerjaan berkemahiran rendah (low-skilled labours) akan terjejas manakalah sektor pekerjaan berkemahiran tinggi (high-skilled labours) yang mempunyai nilai tambah akan berkembang.

“Oleh itu, ianya bukanlah memberikan kesan buruk kepada sektor pekerjaan, tetapi ianya merubah landskap pekerjaan. Ujarnya dalam wawancara oleh malayadaily.

Menurut Sawal, dengan teknologi AI, sistem atau robot boleh diajar untuk melakukan kerja-kerja ini secara automasi.

“Peningkatan penggunaan robot dan AI akan meningkatkan automasi didalam operasi dan meningkatkan kecekapan.

“Akibatnya, keperluan terhadap tenaga buruh dibidang seperti ini akan berkurang. Sebaliknya, tenaga buruh diperlukan dengan banyak didalam bidang-bidang pembangunan sistem automasi ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa penggunaan robot dan AI memerlukan pembangunan sistem yang mana ia akan meningkatkan permintaan untuk pekerjaan system developer, system integrator, coders, data analytics dan beberapa pekerjaan berkemahiran tinggi yang lain.

“Oleh itu, masyarakat perlu bersedia untuk berubah ke arah pekerjaan berkemahiran tinggi. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp