TERKINI

Muhyiddin Beri Lampu Hijau Pemimpin Sokong Proklamasi Orang Melayu – Ketua Penerangan Bersatu

Razali Idris – malayadaily.com

PETALING JAYA, 20 Mei 2023 – Ketua penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris memberitahu bahawa Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong Proklamsi Orang Melayu kerana agenda Melayu.

Beliau berkata Muhyiddin beri ‘lampu hijau’ kepada pemimpin Bersatu untuk menyokong proklamasi itu atas kapasiti peribadi demi penyatuan Melayu seperti yang dilaporkan portal Free Malaysia Today hari ini.

Menurut Razali, pemimpin Bersatu menyokong proklamasi cetusan Mahathir itu kerana agenda Melayu.

“Walaupun dia kalah dalam PRU tetapi dia bawa satu isu yang baik. Dia ada pengikutnya. Kita bersama menyokong,” katanya.

Razali antara tiga pemimpin Bersatu selain Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

Sebelum ini, Presiden PAS Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Datuk Seri Haji Takiyuddin Hassan Setiausaha Agung PAS dan Mohd Syahir bin Che Sulaiman Setiausaha Politik Presiden PAS telah menandatangani Proklamasi termasuk Presiden dan Pejuang Kedah, Mukhriz Mahathir.

Setiausaha Proklamasi Orang Melayu, Datuk Wira Marzuki Yahya memaklumkan bahawa 20 ribu tandatangan secara atas talian telah Berjaya dikumpul setakat ini. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp