TERKINI

NGO mahu serah memorandum kepada Agong

Himpunan PETA – foto Facebook Chegu Bard

KUALA LUMPUR, 23 Jan 2024 – Satu acara penyerahan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong oleh Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) Pembela Tanah Air (PETA) dilaporkan akan diadakan pada 11 pagi ini di pintu masuk Istana Negara.

Memetik kenyataan oleh Chegu Bard menerusi laman facebook, memorandum tersebut akan diserahkan kepada wakil istana.

Chegu Bard yang juga wakil PETA akan hadir bersolidariti untuk usaha tersebut.

“PETA tanpa berselindung menyokong sebarang usaha mengembeling dan memperkukuh demokrasi, pertahan kedaulatan raja, rakyat dan tanah air. Walaupun ramai pihak nasihatkan Che GuBard , jika hadir esok akan ditahan.

“Che GuBard dan rakan seketeriat pendiri #PETA tetap akan hadir sebagai tanda solidiriti kebersamaan membela tanah air.

“Jika kena tangkap cheGuBard sanggup, ketika bersama Anwar perjuang reformasi telah ditahan hampir 40 kali. Ujarnya.

Sebelum itu, satu kenyataan turut dikeluarkan menerusi laman sosial yang sama dengan menyatakan isi kandungan memorandum tersebut.

Terdapat tiga perkara yang dinyatakan dalam memorandum tersebut, antaranya berkaitan bantahan terhadap kenyataan fitnah rasuah RM500 juta dan RM700 juta yang dikaitkan dengan Yang Di Pertuan Agong.

Manakala perkara kedua yang dinyatakan dalam memorandum, melibatkan masalah ekonomi dan agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa digunakan untuk tujuan politik.

Perkara ketiga turut dinyatakan adalah berkenaan dengan pemimpin politik DAP, yang semakin kerap mencabar sensitiviti orang Melayu dan agama Islam.

Semalam, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komioner Amihizam Abdul Shukor, berkata polis tidak menerima sebarang notis daripada pihak penganjur.

“Setakat ini, pihak polis masih tidak menerima sebarang notis permohonan daripada penganjur. Justeru itu, semua pihak diminta menghormati undang-undang dan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya memetik laporan Berita Harian. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp