TERKINI

Orang Melayu Mahu Tun Bergerak Sebagai Negarawan, Tidak Terikat Parti Politik – Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 28 April 2023 – Rakyat mahu Tun Dr Mahathir Mohamad bergerak sebagai Negarawan yang ‘non partisan’ tanpa terikat dengan mana-mana parti politik agar usaha beliau lebih mudah diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Menurut Datuk Seri Kahiruddin Abu Hassan, beliau menerima maklum balas sedemikan dalam siri jelajahnya ke seluruh negara mengenai Proklamasi Orang Melayu.

“Majoriti daripada orang-orang Melayu memberi pandangan serta merayu pada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tumpu menyatupadukan semula bangsa Melayu melalui platform Proklamasi Orang Melayu secara ‘non partisan’ tanpa mengaitkan diri beliau dengan mana-mana parti politik buat masa ini.

Khairuddin juga berkata bahawa dari pandangan orang-orang Melayu dari segenap lapisan masyarakat menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad itu sendiri adalah sebuah ‘institusi’ tanpa perlu  menggunakan platform (parti) politik untuk melaksanakan agenda penyatuan demi masa depan keseluruhan bangsa Melayu di tanah air.

“Saya sedang menjelajah ke seluruh pelusuk tanahair bagi menubuhkan Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu peringkat negeri di seluruh negara.

“Rata-rata inilah ‘feedbacks’ yang saya perolehi dari segenap lapisan masyarakat Melayu di peringkat akar umbi. Ujarnya.

Dalam kenyataan yang sama, Khairuddin yang juga Pengarah Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir berkata dari siri jelajah ke seluruh negara, mesej jelas yang terpapar adalah orang Melayu merayu agar Tun Dr Mahathir Mohamad menjayakan agenda ini di luar platform parti politik.

“Hasrat majoriti orang-orang Melayu pada Tun Dr Mahathir Mohamad dan reaksi dari pihak tokoh negarawan ini amat positif terhadap pandangan-pandangan ikhlas dari orang-orang Melayu di peringkat akar umbi.

“Gerakan Proklamasi Orang Melayu akan mengkaji setiap aspek permasalahan orang-orang Melayu dan bakal mencari solusi paling efektif ke arah menyelesaikan setiap dilema bangsa melayu secara total.

Beliau turut menegaskan bahawa matlamat utama gerakan Proklamasi Orang Melayu adalah untuk memperkasakan semula kedudukan orang-orang Melayu di segenap sektor di bumi bertuah ini.

“Daya usaha untuk memperkasakan kedudukan orang-orang melayu di tanahair kita akan dilaksanakan mengikut apa yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Ujarnya.

Beliau pada masa yang sama kembali mengingatkan kepada semua pihak bahawa Sekretariat Proklamasi Orang Melayu tidak akan mengizinkan sebarang bentuk provokasi yang berbaur perkauman, keagamaan dan institusi DiRaja.

“Kami amat menghormati perlembagaan persekutuan dan akan terus memelihara hak-hak kaum-kaum dari kepelbagaian agama. Katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp