TERKINI

Orang Melayu perlu bersatu tolak persempadanan semula kawasan pilihan raya – Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan – foto DSK

KUALA LUMPUR, 30 Dis 2023 – Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyeru orang Melayu untuk bersatu menentang usaha persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Dalam satu kenyataan, hari ini, beliau berkata jika orang Melayu tidak bersatu, sebaliknya berpecah belah, hal ini akan menyebabkan bangsa Melayu mungkin kehilangan kuasa dan merempat di tanah air sendiri sepertimana ramalan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sudah sampai masanya keseluruhan orang-orang Melayu kena bersatu padu secara total untuk menentang pensempadanan semula kawasan pilihanraya.

“Sekiranya perkara ini dilaksanakan maka dapatlah kita rumuskan bahawa kuasa politik Melayu bakal lenyap buat selamanya.

“Akhirnya, sepertimana ramalan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam jangka sepuluh tahun lagi bangsa Melayu mungkin hilang kuasa dan bakal merempat di tanahair sendiri. Ujar beliau.

Mutakhir ini, perbincangan awam mengenai perlaksanaan persempadanan semula kawasan pilihanraya yang dijangka pada tahun 2026.

Baru-baru ini, AMANAH Selangor pada konvensyen mereka, meluluskan usul mendesak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula bagi kawasan Parlimen di seluruh negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Usul dibawa AMANAH Selangor antara lain bertujuan memberi nisbah bilangan pengundi lebih adil antara kawasan Parlimen itu, disokong sebulat suara lebih 300 perwakilan yang hadir.

Dalam kenyataan yang sama, Khairuddin mengingatkan agar keseluruhan orang-orang Melayu harus membuka mata untuk melihat siapa ‘Wakil Rakyat’ Melayu yang bakal menyokong pensempadaman semula serta pilihanraya.

“Anak cucu kita kemungkinan besar akan menjadi hamba dan mula menyeberangi negara-negara jiran untuk bekerja sebagai ‘orang gaji’ atau ‘tukang kebun’ untuk menjamin kelangsungan hidup.

“Perkara ini tidak mustahil berlaku pada anak cucu kita sekiranya bangsa Melayu lebih gemar berpecah-belah demi perbedaan fahaman ideologi politik dari memilih pendekatan untuk bersatu-padu sebelum terlambat.

“Keseluruhan orang-orang Melayu harus membuka mata secara sebesar-besarnya untuk melihat siapa ‘Wakil Rakyat’ Melayu yang bakal menyokong pensempadaman semula serta pilihanraya perbandaran. Ujar Khairuddin.

Sebelum ini, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Melayu akan hilang kuasa sekiranya persempadanan semula kawasan pilihan raya terutamanya di bandar dilaksanakan.

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, langkah tersebut memberi kelebihan dan menyaksikan kerusi dimiliki DAP akan bertambah. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp