PUTRAJAYA, 10 Jun 24 – Pihak yang menganggap program Parallel Pathway ini sebagai aperantis tertinggi dan tak memerlukan Daftar Pakar Kebangsaan (NSR) adalah salah faham, menurut pakar perubatan Dr. Dayang Anita Abdul Aziz.
Dalam bahagian terakhir wawancara bersama malayadaily, beliau berkata akreditasi dilakukan sebelum pengiktirafan ijazah yang mana kelayakan seseorang pakar itu tidak boleh diperolehi tanpa melalui proses akreditasi.
“Yang kata program parallel pathway ini highest apparenticeship, “takkan I nak masuk NSR, program yang ada akreditasi saja”, itu salah fahamlah.
“Sebenarnya dia kena (ada) akreditasi sebelum pengiktirafan ijazah ataupun kelayakan, dia tak boleh terus saja dapat pengiktirafan kelayakan tanpa melalui akreditasi. Katanya.
Menurut Dr Dayang Anita, akreditasi ini sangat penting kerana ia suatu pengesahan kepakaran seseorang daripada institusi di mana-mana negara.
“Kalau kita ikut akta, individu tersebut kena tunjukkan bahawa dia telah melalui program yang telah dinilai dan mendapat akreditasi di negara kita, kalau dia datang daripada negara dia (luar), semua training dia di sana medical council negara dia dah mensahkan dia adalah pakar.
“Kalau tak nanti, ada individu daripada luar negara datang, tunjuk pada kita ini kelayakan luar negara, kita tak nak terima dia masuk daftar pun nanti dia boleh saman kita; “kenapa kamu tak mahu ambil”. Ujarnya.
Baru-baru ini, Menteri Kesihatan dan Menteri Pendidikan Tinggi telah mengemukakan cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menyelesaikan kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan kelayakan kepakaran melalui laluan parallel pathway.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan pindaan akta itu telah dikemukakan menerusi Memorandum Jemaah Menteri.
Isu berkaitan Parallel Pathway menjadi tumpuan apabila Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Universiti Teknologi MARA membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan Bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus dalam bidang kardiotorasik. – malayadaily.com