TERKINI

Parti MUDA Cadang Datuk Bandar Dipilih, Bukan Dilantik

foto utusan

SHAH ALAM, 14 April 2023 – Rakyat di Kuala Lumpur dan Putrajaya perlu memilih Datuk Bandar melalui pilihan raya kerajaan tempatan.

Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Wilayah Persekutuan berkata, peruntukan yang memberikan kuasa lantikan kepada Datuk Bandar harus digubal.

Menurutnya, Datuk Bandar mestilah dipilih oleh rakyat bukannya dilantik.

“Datuk Bandar saling berganti tetapi hasil tetap sama. Realitinya, pihak berkuasa tempatan (PBT) dilihat tidak ada pengukur kepada kebertanggunjawaban mereka terhadap komuniti selain terpisah darpada komuniti.

“Selain itu, kegagalan PBT untuk menyelesaikan masalah penduduk juga sering menjadi perbualan dan ketidakpuashatian penduduk.

“Suara dan kerisauan rakyat Kuala Lumpur pada masa ini cuma dibawa oleh ahli Parlimen kami,” katanya dalam hantaran pada Jumaat.

Bagaimanapun menurutnya segala permasalahan harian berkenaan kerajaan tempatan adalah bukan kerja hakiki ahli Parlimen.

Tambahnya, bagi menangani masalah penduduk yang banyak dan mengendalikan penghasilan yang besar, adalah tidak munasabah jika pilihan raya atau proses demokrasi tidak diadakan.

Jelasnya, korupsi adalah kesan daripada sistem yang tidak ada kebertanggungjawaban kepada pembayar cukai dan pengurusan.

“Adalah lebih telus jika penduduk atau pengundi ini tahu ke mana pembelanjaan PBT dan lebih baik jika penduduk serta pengundi boleh memantau dan membuatkan wakil yang dipilih bertanggungjawab.

“Ini juga bukan sahaja dapat melibatkan rakyat dalam proses demokrasi kerajaan tempatan, tetapi ia juga boleh meningkatkan keupayaan pentabiran DBKL dan Perbadanan Putrajaya,” ujarnya. – Sinar Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp