TERKINI

PAS Sertai Proklamasi Orang Melayu

PAS Sertai Proklamasi – foto penerangan proklamasi orang melayu

KUALA LUMPUR, 3 Mei 2023 – Pimpinan tertinggi parti Islam Se Malaysia PAS telah menurunkan tandantangan Proklamasi Orang Melayu dihadapan Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi di kediaman bekas Perdana Menteri itu.

Menurut Ketua Sekretariat Proklamasi Orang Melayu (Proklamasi), Datuk Wira Marzuki Yahya, selain Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, mereka yang turut menyatakan sokongan dan menandatangani Proklamasi Orang Melayu ialah Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Datuk Seri Haji Takiyuddin Hassan Setiausaha Agung PAS dan Mohd Syahir bin Che Sulaiman Setiausaha Politik Presiden PAS.

“Tuan Guru dan pimpinan menurunkan tandatangan dan menyatakan komitmen serta sokongan parti PAS terhadap usaha Tun Mahathir menerusi Proklamasi Orang Melayu.

“Tuan Guru juga sentiasa menyokong usaha Tun untuk menyatukan orang Melayu dan Islam ke arah kekuatan politik bangsa dan agama. Ujarnya ringkas.

Menurut beliau lagi, usaha ini akan diteruskan dan ramai lagi akan menyertai Proklamasi Tanah Air kerana agenda ini boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat kerana ia tidak terikat dengan mana-mana parti malah ia menggalakkan setiap orang Melayu yang kasihkan bangsa dan agamanya untuk turut serta.

“Proklamasi (Orang Melayu) ini, diterima oleh masyarakat tanpa mengira anda dari parti PAS, UMNO atau mana-mana parti selagi dia seorang Melayu dan Islam. Inilah tujuan dan agenda Proklamasi agar orang Melayu bersatu membela nasib dan masa depan bangsanya. Kata beliau.

Dalam perkembangan sebelum ini, Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Muafakat Nasional turut menurunkan tandatangan Proklamasi Orang Melayu dan menyokong usaha penyatuan kekuatan politik Melayu merentasi sempadan parti politik. – malayadaily.com

foto – malayadaily.com
Facebook
Twitter
WhatsApp