TERKINI

Peguam persoal mengapa akhbar Singapura guna tajuk “No ‘Puppet’ King”

Rafique Rashid Ali – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 18 Dis 2023 – Peguam, Rafique Rashid Ali mempersoalkan laporan akhbar Singapura yang menggunakan tajuk “No ‘Puppet’ King’ dalam akhbar mereka ketika melapor wawancara bersama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Rafique ketika mengulas isu tersebut dalam satu rakaman video bersama malayadaily berkata, adakah akhbar tersebut hendak menguji ‘market’ atau ‘test the water’ dengan menggunakan tajuk sedemikian.

“So adakah sebenarnya hanya lontaran pendapat untuk menguji ‘market’, adakah sebenarnya hanya lontaran pendapat untuk ‘test the water’ atau apa agenda sebenarnya daripada segi tajuk yang dipilih mengenai “Not Puppet King” tersebut.

Menurut Rafique lagi, beliau memandang serius perkara tersebut kerana tajuk itu seolah-olah memberi gambaran Yang Dipertuan Agong sebelum ini hanya sebagai boneka.

“Saya melihat perkara ini secara serius, saya menyatakan bahawa adakah akhbar-akhbar di Singapura tersebut ingin menyatakan bahawa Duli yang maha mulia-Duli yang maha mulia Seri Paduka Baginda Agong-agong yang sebelum ini memainkan peranan hanya sebagai boneka? tidak… saya rasa. Ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa rakyat perlu berhati-hati dengan akhbar negara tersebut.

“Kita kena berhati-hati dengan apa yang sedang dilakukan oleh akhbar daripada Singapura tersebut.

“Sebagai rakyat Malaysia, anda semua kena faham kita sebenarnya mempunyai undang-undang yang paling tinggi iaitu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan, saya nyatakan adanya check and balance semua pihak ada peranan yang dimainkan oleh pihak masing-masing ini kita kena berhati-hati. Katanya.

Akhbar Singapura The Sunday Times baru-baru ini melaporkan wawancara Sultan Johor dengan tajuk “No ‘Puppet’ King’ di akhbar berkenaan. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp