TERKINI

Peguam syor polis siasat Ngeh Koo Ham bawah Akta Hasutan 1948

Haniff Khatri Abdulla – foto Facebook Haniff Khatri

KUALA LUMPUR – Pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla menegaskan bahawa pihak polis wajar membuka kertas siasatan terhadap Koo Ham susulan cadangan berkenaan Ahli Parlimen Beruas supaya pakar dalam kalangan bukan Islam dilantik untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam.

Menurut Haniff, ini kerana cadangan itu seolah-olah menunjukkan Ahli Parlimen Beruas terbabit cuba mencampuri undang-undang Mahkamah Syariah, meskipun ia sama sekali tidak membabitkan mana-mana golongan bukan Islam.

“Kenyataan mengenai cadangan yang dikeluarkan Ngeh (Koo Ham) itu adalah biadap dan melampau!

“Pihak berkuasa boleh membuka kertas siasatan dan menyiasat Ngeh di bawah Akta Hasutan 1948 agar ia menjadi pengajaran kepada pemimpin agar jangan celupar sombong, biadap dan rasisme apabila mengeluarkan sesuatu kenyataan. Ujar beliau, memetik laporan media Scoop.

Haniff juga berkata, kenyataan Koo Ham boleh menimbulkan keresahan, kemarahan dan perbalahan di antara kaum yang mana sepatutnya, orang bukan Islam tak perlu mencampuri undang-undang Mahkamah Syariah kerana undang-undang itu tidak tertakluk kepada mereka.

Tambah beliau, cadangan Koo Ham itu juga secara tidak langsung seolah-olah mempertikaikan kredibiti ahli Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN.

Malah, kenyataan disifatkan sebagai ‘bodoh sombong’ disuarakan Koo Ham itu juga, tegasnya, menunjukkan seperti beliau tidak memahami serta menghormati Perlembagaan yang menetapkan hal ehwal agama berada di bawah bidang kuasa Yang Dipertuan Agong.

“Apabila Ngeh mencadangkan orang bukan Islam dalam jawatankuasa terbabit, secara tersirat adakah dia mempersoalkan mengenai pelantikan ahlinya, dengan mengatakan mereka ini tidak layak dan bijak?” katanya. – Scoop

Facebook
Twitter
WhatsApp