TERKINI

Pemecatan Isham isyarat Presiden UMNO utamakan Anwar dan DAP, ketepikan Najib – Chegu Bard

Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 7 Dis 2023 – Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin menyifatkan pemecatan Ahli majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil sebagai isyarat Zahid meletakkan Anwar Ibrahim dan DAP keutamaan dan mengenepikan bekas Presiden UMNO, Najib Tun Razak.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, sebab utama Isham Jalil dipecat adalah kerana beliau menyatakan kerjasama dengan DAP sebagai punca Umno terus ditolak penyokong sendiri dan orang Melayu.

“Isham Jalil dipecat sebab utama ialah menyatakan kerjasama dengan DAP, punca Umno terus ditolak penyokong sendiri dan orang Melayu.

Menurut Chegu bard, DAP mengawal Umno sepenuhnya kerana siapa saja mengkritik DAP, akan dipecat.

“Isham Jalil orang kuat Najib Razak terakhir yang setia dengan Najib telah dipecat dari Umno.

“Kita tahu tahap “penjilat” tegar Isham, dia takkan bersuara kalau ia bukan suara Najib.

“Maka pemecatan Isham merupakan isyarat jelas Zahid meletakkan Anwar DAP keutamaan dan sedia ketepi Najib. Katanya.

Awal hari ini, media melaporkan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada Rabu, telah mengambil keputusan memecat serta merta ahli majlis tertinggi, Isham Jalil.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang pemimpin UMNO yang enggan namanya didedahkan selepas hadir mesyuarat tersebut.- malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp