TERKINI

Pemuda PAS Selayang Gesa MB Selangor Ambil Serius Titah Tuanku

GOMBAK, 13 Dis – Ketua Pemuda PAS Selayang, Nor Jafni Kamaruzaman, menggesa Kerajaan Madani Selangor mengambil serius teguran Sultan Selangor terhadap pentadbiran negeri itu, khususnya berkaitan pengurusan MBI Selangor.

Beliau menyatakan bahawa kerajaan negeri memerlukan rombakan total bagi mengembalikan kecekapan serta daya saing Selangor sebagai negeri maju.

Nor Jafni turut mengkritik Menteri Besar Selangor, mengatakan bahawa jika beliau tidak lagi mampu mentadbir, lebih baik meletakkan jawatan daripada membuat cadangan politik tidak munasabah — termasuk mencadangkan Nurul Izzah Anwar sebagai penggantinya, sedangkan beliau bukan ADUN di Selangor. Sikap sebegitu, katanya, menunjukkan kegagalan kepimpinan.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan Selangor kini ditegur “daripada rakyat hingga ke Sultan”, dan sudah tiba masa maruah rakyat dipulihkan melalui kerajaan Perikatan Nasional.

Facebook
Twitter
WhatsApp