TERKINI

Pendedahan Peniupwisel.blogspot

MALAYSIA TELAH MENCAPAI, BUAT PERTAMA KALINYA DALAM SEJARAH, DIMALUKAN OLEH SEORANG RAJA DIPERINGKAT ANTARABANGSA YANG TIDAK PERNAH BERLAKU PADA NEGARA LAIN.

foto peniupwisel.blogspot

Dua sumber yang sangat kanan, kedua-duanya berada dalam kedudukan PENTING  di dua kementerian berasingan, dan kedua duanya   mengetahui, mengesahkan dan bekerjasama antara satu sama lain. Walaupun begitu mereka berdua tidak tahu yang masing masing telah memberikan maklumat yang sama. Mereka mendedahkan:

1. Arab Saudi secara diplomatik mencadangkan bahawa Perdana Menteri tertentu perlu membuat lawatan rasmi hanya selepas bulan Syawal kerana bulan Ramadhan di Arab Saudi adalah dikhaskan untuk berpuasa dan solat, termasuk solat tarawih ,dan bulan Syawal pula hanya untuk perayaan Aidil Fitri sesama penduduk Arab Saudi sahaja.

2. Seorang Perdana Menteri tertentu yang terkenal gelojoh, dan tidak menghiraukan diplomasi halus enggan menerima apa-apa pandangan atau nasihat daripada Wisma Putra dan tetap mengarahkan mereka untuk “menyelesaikan dan meneruskannya.”

3. Arab Saudi mengulangi pendirian mereka, dan dengan sopan TELAH mencadangkan tarikh selepas Syawal. Wisma Putra, yang berada dalam dilema, merayu kepada mereka untuk menjayakan lawatan ini. Arab Saudi berkata, “kalau begitu datanglah, tetapi kami tidak dapat menjamin sebarang mesyuarat atau perjumpaan, rasmi atau tidak rasmi, dengan pemimpin kami. Mereka menegaskan perkara ini dengan jelas.

4. Perdana Menteri yang tidak sabar dan gelojoh  ini mengambil keputusan untuk meneruskan lawatan tersebut, walaupun Wisma Putra tidak dapat memastikan secara jelas dan tuntas penerimaan lawatan ini oleh Arab Saudi. Pendek kata dia hanyalah  “mencuba nasibnya.”

5. Kita sepatutnya membuat kesimpulan, “Kita tidak boleh menggadaikan reputasi dan integriti negara  hanya kerana kita perlu untuk mendapatkan untuk pengiktirafan global yang pada ketika ini kurang memuaskan.” Dan meletakkan pertaruhan ini dengan negara yang jauh lebih kaya, lebih kuat dan lebih berkuasa daripada anda, ianya pasti akan berakhir dengan buruk.

6. Lawatan rasmi ke tempat paling suci umat Islam ke Masjidil Haram semestinya wajib atas jemputan penjaganya. Tiada jemputan sedemikian yang diberikan kepada Perdana Menteri tersebut. Kerana itulah Perdana Menteri dan rombongannya, walaupun melawat Masjidil Haram untuk menunaikan umrah, tidak dijemput memasuki Ka’abah, satu penghormatan yang HANYA dikhaskan untuk orang kenamaan peringkat tertinggi yang mendapat jemputan secara rasmi sahaja.

7. Yang menyulitkan lagi ialah kira-kira seminggu dua  sebelum ini, Perdana Menteri tertentu ini telah dengan gah nya berada di Turki dan mencium pipi dengan orang kenamaan Turki. Turki bukannya sekutu rapat Arab Saudi. Arab Saudi mempunyai telinga, mata dan hidung di mana-mana, dan boleh saja mendapat maklumat adakah Perdana Menteri itu mendapat hiburan “Turkish Delight” ketika di sana ?

8. Kedua-dua sumber kanan kementerian di atas juga memaklumkan mereka yakin bahawa jemputan rasmi untuk lawatan penuh ke Atab Saudi tidak akan berlaku dalam jangka masa terdekat.

9. Implikasi hasil dari kegagalan diplomasi in merangkumi  – perdagangan dua hala, pelaburan Arab Saudi, dan kuota haji semua nya mungkin terjejas. Hanya kerana kegelojohan seorang lelaki dan ego besar melebihi diri bekas seorang banduan.

10. Kecelaruan tatakelola lawatan ini juga jelas apabila maklumat dari sumber yang sah menunjukkan Putera Mahkota Mohamad Bin Salman bin Abdul Aziz AlSaud (MBS) berada di dalam negara, malah baginda mengadakan lawatan ke Masjid Nabawi pada 26/3/2023.

11. Saudi Press Agency (SPA) melaporkan kunjungan Perdana Menteri itu adalah untuk tunaikan ibadah Umrah, dan lawatan ke ibupejabat IDB di Jeddah. Langsung tidak disebut ianya lawatan rasmi seorang Perdana Menteri. Anda boleh membuat carian di SPA untuk mengesahkan perkara ini.

Moral cerita:  Kenapa cuba makan rumput yang tiada ?. Mengapa anda tidak memberi peluang untuk tumbuh dahulu? Bukankah pasir di gurun pastinya tidak lazat?

Pautan keterangan asal disini https://peniupwisel.blogspot.com/2023/03/malaysia-telah-mencapai-buat-pertama.html

Facebook
Twitter
WhatsApp