TERKINI

Penduduk Kampung Setia Jaya di arah keluar dalam tempoh 18 bulan – Mahkamah

Penduduk kampung Setia Jaya – foto Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Dis 2023 – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak memihak kepada penduduk kampung Setia Jaya dan memerintahkan penduduk untuk keluar dalam tempoh 18 bulan.

Menurut peguam, Faiz Kamal yang mewakili penduduk, anak guam mereka mengarahkan untuk membuat rayuan.

“Penduduk kampung Setia Jaya tidak dibenarkan menetap (di kampung Setia Jaya), keputusan tidak berpihak kepada pihak penduduk.

“Jadi setelah berbincang dengan para peguam kita, kita akan buat rayuan kerana permohonan ini adalah di bawah aturan 89 dan kita merasakan ada beberapa isu undang-undang untuk dirayu.

“Jadi dalam keputusan yang Arif Hakim, penduduk-penduduk kampung perlu keluar daripada kampung setia jaya dalam masa 18 bulan.

Faiz juga berkata bahawa mahkamah maklum tentang penduduk yang telah meneroka kampung ini se awal tahun 1969, namun menyatakan individu atau organisasi yang telah menerima geran, mempunyai hak dan kedudukan mutlak ke atas tanah tersebut.

“Mahkamah maklum isu tentang kampung setia jaya ni telah pun tinggal (diduduki) sejak tahun 1969, mahkamah mengakui tetapi disebabkan Pejabat Tanah telah pun memberikan geran kepada pihak TAR Kolej, itu telah menjadikan satu keputusan di mana mahkamah menyatakan apabila sesebuah individu ataupun organisasi telah menerima geran, mereka mempunyai absolute position ke atas tanah tersebut.

“Walaupun pada saat dan ketika itu kita telah menunjukkan bukti-bukti kepada mahkamah bahawa kehadiran penduduk kampung setia jaya ini telah tinggal dan menetap di atas tanah tu sebelum tanah tu diberi milik kepada TAR Kolej.

“Itu telah kita bawakan isu ni kepada pihak mahkamah dan sebenarnya kita nak mohon aturan 89 ini diketepikan sebab perkara ini ada isu untuk dibicarakan dan kita akan memanggil pihak-pihak seperti pejabat tanah untuk kerajaan dan memanggil saksi-saksi untuk mendengar samada penduduk ni dah tinggal ke belum tu sebelum tu. Ujar beliau.

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr. Ibrahim Ali menyifatkan keputusan tersebut sebagai tidak adil.

Ibrahim Ali juga berkata penduduk kampung tersebut perlu diberikan peluang untuk budi bicara oleh pihak mahkamah.

Menurutnya, dalam sistem mahkamah itu sendiri sepatutnya penduduk kawasan tersebut diberikan peluang untuk dibicarakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Namun dalam kes ini, perkara tersebut tidak berlaku dan terus beri keputusan Kampung Setia Jaya jadi milik KTAR dan bukan milik penduduk itu sendiri yang mana ini sememangnya tidak adil,” katanya.

Tambah beliau, penduduk Kampung Setia Jaya itu sendiri telah memohon tanah tersebut jauh lebih awal lagi berbanding dengan pihak KTAR tetapi tidak dipertimbangkan oleh mahkamah.

Kata beliau lagi, ini merupakan satu penindasan kepada penduduk kampung itu sendiri kerana tiada peluang perbicaraan diberikan oleh pihak mahkamah itu sendiri.

“Jadi, peguam penduduk kampung ini akan membuat rayuan di mahkamah rayuan dan saya bersama-sama parti PUTRA akan mohon menjadi pencelah dalam kes ini juga,” ujarnya dalam rakaman sidang media di Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana UTAR boleh mendapat hak pemilikan tanah tersebut dan tujuannya memandangkan terdapat lagi kawasan UTAR itu sendiri yang masih kosong.

“Memandangkan perkara ini melibatkan parti politik saya juga nak tahu siapa Lembaga Pengarah UTAR pada masa itu dan mengapa mereka inginkan sangat tanah Kampung Setia Jaya ini sedangkan penduduknya dah menetap amat lama iaitu sejak 1970-an lagi?” soalnya.

“Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan walau apa pun kerana nasib penduduk-penduduk Kampung Setia Jaya harus dibela dengan penuh keadilan,” katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp