TERKINI

Penetapan Harga Getah Asli Penting Untuk Pekebun Kecil – ARBC

foto kredit utusan.com

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2023 – Pembangunan getah asli mampan perlu merangkumi soal ekonomi serta kesejahteraan pekebun kecil getah dan tidak terhad kepada isu alam sekitar atau penebangan hutan semata-mata, kata Majlis Perniagaan Getah Asean (ARBC)

Dalam mesyuarat ARBC di Singapura baru-baru ini, menyatakan kebimbangan terhadap inisiatif kemampanan yang ditetapkan oleh pengguna getah asli.

Keadaan pasaran getah asli global semasa, terutama harganya yang tidak memberansangkan serta kos pengeluaran yang lebih tinggi, telah menjejaskan kemampanan dan kesejahteraan pekebun kecil getah.

“Walaupun mengakui keperluan dan kepentingan kelestarian getah asli dalam industrI, ahli-ahlinya amat prihatin terhadap isu-isu kemampanan yang telah memberi kesan kepada kehidupan pekebun kecil.

Majlis serantau itu berkata kebimbangan utama ialah harga getah asli yang agak rendah ditambah dengan kos pengeluaran yang lebih tinggi boleh menjejaskan rantaian bekalan getah di pasaran global sekiranya pekebun kecil memutuskan untuk beralih kepada tanaman atau aktiviti lain yang lebih menguntungkan.

“Oleh itu, penetapan harga getah asli yang mampan adalah sangat penting serta perlu segera ditangani terhadap kenaikan kos pengeluaran dan kos sara hidup yang telah menyebabkan petani getah dalam kesukaran.

“Harga getah asli perlu cukup menarik bagi memastikan pekebun kecil terus kekal dalam industri ini supaya mereka terus membekalkan bahan mentah yang diperlukan bagi memenuhi keperluan serta permintaan pengguna dan pengguna akhir, katanya.

Ahli ARBC yang terdiri daripada persatuan perdagangan getah Tahiland, Indonesia, Malaysia, Singapura, Vietnam, Kemboja dan Mynmar menyumbang kira-kira 71 peratus daripada jumlah pengeluaran detah asli dunia. – sumber BERNAMA

Facebook
Twitter
WhatsApp