TERKINI

Pengkebumian Tun Haniff: Siapa arah kebumi jenazah di Makan Pahlawan? – Ibrahim Ali

Ibrahim Ali (gambar kecil) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 23 Apr 24 – Presiden Putra, Dato Ibrahim Ali menggesa pihak yang bertanggungjawab agar tampil memberi pejelasan mengenai kontroversi pengkebumian mantan Ketua Polis Negara, Allahyarham Mohammed Hanif Omar yang dikatakan akan dimakamkan di makam Pahlawan, tetapi bertukar ke Bukit Kiara.

Dalam satu kenyataan, Ibrahim Ali meminta pihak Polis Diraja Malayssia (PDRM) menjelaskan siapakah individu yang memberi arahan kepada keluarga allahyarham Tun Haniff agar jenazah akan dikebumikan di makam pahlawan.

“Saya bertanya ini dengan elok dan sopan santun. Saya bukan nak timbulkan ini sebagai isu, namun ianya melibatkan jenazah seoràng tokoh yangg bergelar Tun dan menerajui PDRM lebih 20 tahun berjasa kepada keselamatan negara dan rakyat.

“Siapakah pihak berkuasa di PDRM yang memberitahu keluarga Allahyaraham supaya jenazah dibawa terus ka Masjid Negara untuk diurus dan dikebumikan di makam pahlawan. Arahan itu datang dari mana kepada PDRM?

“Dan apabila imam Masjid Negara umum jenazah akan dikebumikan di Bukit Kiara, siapakah yang mengarah dia berbuat demikian? Soal Ibrahim.

Sebelum ini, anak Allahyarham Tun Haniff, Kapten Abdul Rahmat Omar Mohamed Haniff menafikan dakwaan bahawa lokasi pengebumian ayahnya, diubah ke Bukit Kiara atas permintaan ahli keluarga.

“Lebih kurang jam 9.45 pagi, saya dimaklumkan oleh PDRM supaya mempertimbangkan untuk jenazah dibawa terus ke Masjid Negara untuk semua urusan sehingga pengebumian di Makam Pahlawan.

“Setelah berbincang dengan ibu saya, kami bersetuju.

“Ini merupakan maklumat dan komunikasi terakhir mengenai pengurusan pengebumian jenazah Allahyarham sehinggalah pengumuman dibuat oleh Imam Masjid Negara memaklumkan bahawa jenazah akan dikebumikan di Bukit Kiara,” jelasnya.

Dalam kenyataan yang sama, Ibrahim Ali menzahirkan kesedihan dan berharap persoalan ini diambil perhatian oleh pihak PDRM dan kerajaan.

“Jawapan telus dan terus terang pihak PDRM dan kerajaan Madani dapat menghilangkan aib kepada keluarga Allahyarham Tun Haniff Omar dan rakyat juga ingin mengetahui hal sebenarnya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp