TERKINI

Perbuatan The 1975 Biadap – Dato Wah Idris

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2023 – Tokoh pemuzik tersohor, Profesor Dato’ Wah Idris menzahirkan kekecewaan beliau dengan insiden biadap anggota kumpulan muzik The 1975 yang beraksi di konsert Good Vibes Festival 2023 di Sepang, semalam.

Beliau dalam satu kenyataan berkata perbuatan tersebut amat biadap dengan aksi meminum meniman keras, meludah dan membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia.

“Saya berasa amat dukacita dan kecewa dengan kumpulan The 1975 atas persembahan mereka yang kurang sopan ketika beraksi di konsert Good Vibes Festival 2023 semalam.

“Perbuatan mereka amatlah biadab, kerana telah menunjukkan aksi seperti minum arak, meludah di atas pentas dan beri ucapan hina undang-undang Malaysia mengenai LGBTQ sebelum mencium pemain bass di hadapan penonton di Litar Antarabangsa Sepang.

Wah Idris yang juga Pengerusi Seni Budaya dan Media Sosial Muafakat Nasional berkata, mereka bukan sahaja menayangkan aksi biadap malah mencabar undang-undang negara dengan mempromosikan agenda LGBTQ.

“Mereka bukan sahaja telah menayangkan aksi-aksi biadab di khalayak ramai, namun telah mencabar undang-undang Malaysia dengan mewar-warkan agenda LGBTQ.

“Saya berharap pihak berkuasa boleh ambil tindakan tegas dan sewajarnya agar perkara ini tidak akan diulangi. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp