TERKINI

Peruntukan ahli parlimen : Itu tugas PM, bukan Tun Mahathir – Datuk Wira Marzuki

Datuk Wira Marzuki Yahya (kriti) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 29 Nov 2023 – Ketua Setiausaha Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Wira Marzuki Yahya membidas kenyataan jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil yang mendakwa Tun Mahathir Mohamad tidak memberi nasihat yang betul berhubung rundingan peruntukan kepada Ahli parlimen pembangkang.

Menurut Marzuki, perkara pokok berhubung isu ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak tahu bekerja.

“Bukan soal Tun Mahathir tidak berikan nasihat yang bagus kepada 4 negeri pembangkang, tetapi perkara pokoknya DS Anwar sebagai PM yang tidak tahu berkerja.

“Dan Fahmi (Fadzil) sendiri sekiranya tidak tahu menahu tentang hala tuju dan perancangan Tun M di dalam membangunkan SG4 (State Government 4) ini adalah lebih baik tak perlu menunding ke arah Tun Mahathir. Ujar Marzuki ketika dihubungi.

Fahmi Fadzil sebelum ini mendakwa Dr Mahathir yang dilantik sebagai penasihat tidak rasmi sewajarnya membawa kumpulan itu ke meja rundingan bersama Timbalan Perdana Menteri.

“Sebagai penasihat (Tun Mahathir) kepada beberapa negeri yang diperintah oleh pembangkang, saya mohon Tun Mahathir menasihati mereka datang ke meja rundingan dan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Fadillah Yusof). Kata Fahmi.

Dalam respon yang sama, Marzuki yang juga bekas Timbalan Menteri Luar (2018-2020) berkata, urusan peruntukan ahli parlimen, bukan urusan Tun Mahathir sebaliknya itu tugas perdana menteri bagi memastikan pembangunan kawasan tanpa mengira parti (politik).

“Itu bukan urusan Tun M dalam isu peruntukan (ahli parlimen), itu tugas PM untuk memastikan kebajikan dan pembangunan kawasan tanpa mengira parti demi rakyat.

“Kalau dengan mengumpan MP pembangkang dengan peruntukan untuk menyokong kerajaan dan PMX, itu adalah rasuah secara terangan.

Semalam, Mahathir dalam satu kenyataan menyifatkan, semua pemberian ini (peruntukan ahli parlimen pembangkang) tetap satu rasuah kerana mereka yang tidak menyokong PM tidak mendapat peruntukan.

“Segala pemberian ini tetap rasuah kerana yang tidak sokong PM tidak dapat. Ujarnya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp