TERKINI

Pilihan raya PBT : Demografi bandar tak seimbang, akan berlaku ketidakseimbangan perwakilan – KP Pejuang

Rafique Rashid Ali – foto X

KUALA LUMPUR, 22 Dis 2023 – Realiti yang harus difahamai ketika ini adalah ekonomi serta pemilikan perniagaan dan pemilikan tanah di bandar-bandar, dikuasai oleh orang Cina sebaliknya Melayu yang ada di bandar-bandar, hampir majoriti sebagai penyewa dan pekerja-pekerja, kata Ketua Penerangan parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Rafique Rashid.

Menurutnya, bancian kaum pada tahun 70-an menunjukkan kira-kira 14.9% orang Melayu menghuni di kawasan bandar di Malaysia Barat berbanding 47% orang Cina dan 34% orag India.

“Ya, kini ianya telah berubah kerana kemajuan urbanisasi. Lebih banyak penempatan wujud, tetapi adakah keterlaluan untuk menyatakan bahawa kawasan-kawasan bandar, majoriti besarnya dikuasai oleh orang-orang Cina? Kata Rafique.

Beliau menambah bahawa melihat kepada ketidakseimbangan pola penduduk di kawasan-kawasan khususnya bandar, akan memperlihatkan juga ketidakseimbangan dalam bukan sahaja pencalonan tetapi keputusan bagi mana-mana pilihan raya PBT.

“Dalam kata mudah, kawasan yang diduduki majoriti Cina yang besar sudah hampir pasti akan didominasi calon dan pemenang kerusi dari kaum Cina.

“Kerana itulah DAP dilihat amat mendesak diadakan semula pilihan raya PBT, ujarnya.

Sebelum ini, polemik mengenai pilihan raya pihak berkuasa tempatan tercetus apabila Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai mencadangkan agar pilihanraya kerajaan diaksanakan semula.

Dari cadangan tersebut, ahli akademik, Wong Chin Huat pula mencadangkan diwujudkan pemilihan untuk Dewan Undangan Wilayah (DUW) Kuala Lumpur. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp