TERKINI

Podcast Dr M – Mahathir ulas insiden pertengkaran di Rumah Putih

Mahathir Mohamad (kanan), Shamsul Akmar (kiri) – foto youtube Dr.M

PUTRAJAYA, 7 Mac 25 – Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan podcast beliau secara atas talian, yang dinamakan Podcast Dr M, semalam.

Mahathir di dalam episod tersebut, turut mengulas mengenai insiden pertengkaran secara terbuka antara Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Rumah Putih yang berakhir dengan ketegangan dan pengusiran Zelensky dari pejabat Presiden AS.

“Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam hubungan diplomatik mana-mana negara iaitu seorang presiden sebuah negara hampir dihalau keluar daripada rumah di mana dia telah pergi untuk berbincang dengan presiden.

“Saya berpendapat bahawa tidak ada diplomasi dari pihak Amerika Syarikat, (ia) melakukan perkara yang semacam itu, memalukan seorang presiden negara lain.

“Walaupun negara itu kecil lemah tetapi presiden mesti dilayan sebagai presidennya. Ulas Mahathir.

Mahathir turut memberi amaran bahawa dasar luar AS boleh bertukar dizaman pentadbiran Trump dan kesannya akan menyebabkan banyak negara merasa bimbang antaranya negara Taiwan.

“(Negara yang bergantung) kepada Amerika Syarikat dan Western Power, sekarang ni mereka berasa takut kalau-kalau ditukar dasar itu dan pihak Amerika menyokong musuh-musuh mereka umpamanya Taiwan dengan China.

“Taiwan dibantu oleh Amerika Syarikat sepanjang masa tetapi kalau tukar dasar dan Trump berbaik-baik dengan negara China maka Taiwan mungkin tidak dapat lagi dilindungi oleh Amerika Syarikat dan sudah tentu di waktu ini Taiwan berasa takut sama ada Trump ini akan membuat apa yang dilakukan kepada Ukraine, membuat kepada Taiwan. Ujarnya.

Dalam episod pertama yang ditemani oleh Editor kanan, Sdr Shamsul Akmar, Podcast tersebut hingga kini telah ditonton lebih lima puluh ribu orang. Rata-rata komentar netizen menyambut baik podcast tersebut sebagai saluran untuk mengetahui pandangan negarawan dalam pelbagi isu semasa. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp