TERKINI

Presiden Iran dilaporkan terbunuh nahas Helikopter

Tragedi Iran – foto Reuters

ATAS TALIAN, 20 Mei 24 – Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilapor meninggal dunia dalam nahas helikopter yang berlaku pada Ahad. Menurut laporan Reuters yang memetik jurucakap kerajaan, helikopter tersebut telah terbakar sepenuhnya.

Turut terkoban Menteri Luar Iran Hossein Amir Abdollahian. Cuaca buruk telah menyukarkan pasukan penyelamat untuk segera tiba di lokasi nahas.

Agensi berita Fars melaporkan tapak nahas yang dikesan oleh dron Turki itu terletak 100 kilometer (km) dari bandar Tabriz, sebuah perkampungan kecil yang dikenali sebagai Tavil.

Menurut pakar penerbangan dan bekas juruterbang helikopter, Paul Beaver, keadaan awan, kabus tebal dan cuaca sejuk mungkin menyebabkan nahas helikopter berkenaan.

Terdahulu, helikopter yang membawa Presiden dan Menteri Luar Iran itu dilaporkan terpaksa melakukan ‘pendaratan kecemasan’ di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Insiden itu berlaku pada Ahad di Hutan Dizmar antara bandar Varzaqan dan Jolfa di Wilayah Azerbaijan Timur ketika Raisi dalam perjalanan pulang dari satu majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev,

Penduduk tempatan dilaporkan mendengar ‘bunyi kuat’ di wilayah berkenaan tidak lama selepas itu. – Awani

Facebook
Twitter
WhatsApp