TERKINI

PRK KKB: Jentera PN tumpu pengundi keluar mengundi seawal mungkin

Ceramah PN di PRK KKB – foto malayadaily.com

KUALA KUBU BHARU, 9 Mei 24 – Jentera Perikatan Nasional (PN) menyifatkan pertandingan untuk Kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu agak sengit dan sukar dijangka.

Ketika ditemui, wakil jentera kempen berkata kempen untuk PRK sememangnya mendapat tumpuan dan jentera-jentera politik rakan gabungan dari pelbagai negeri akan berkampung dikawasan untuk tujuan berkempen.

“PRK ni yang pertama untuk tahun 2024, memang jentera dari seluruh negara hadir untuk membantu kempen calon kita. Gerakan dan PAS cukup kuat membantu kempen calon.

“Kempen kita memang mencabar kerana parti mereka mempunyai banyak sumber untuk berkempen, kami cuma usaha dan doa. Katanya.

Ketika ditanya apakah fokus kempen menjelang hari mengundi, mereka berkata fokus kini terarah kepada mengajak pengundi undi untuk keluar mengundi beramai-ramai.

“Kita hanya tumpu minta semua pengundi keluar beramai-ramai dan keluar seawal mungkin.

“Sekarang cuaca tak tentu, jadi kami jentera siap sedia untuk permudahkan urusan pengundi untuk keluar mengundi. Yang penting keluar mengundi, beramai-ramai. Katanya.

Bercakap mengenai peluang untuk menang, wakil jentera kempen berkata kunci utama kemenangan calon PN hanya jika peratusan keluar mengundi itu tinggi.

“Kita dah tengok prestasi sebelum ni, dalam PRU dan PRN, nak menang mesti peratusan keluar mengundi tinggi, khsusnya pengundi Melayu.

“Tumpuan kami itu saja sekarang. Ujarnya.

Kempen PRK Kuala Kubu Bharu kini memasuki fasa akhir yang berbaki dua hari lagi.

Pada PRK ini, calon PN, Khairul Azhari akan menghadapi pertentangan daripada Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei sebagai hari mengundi. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp