TERKINI

PRK Sungai Bakap: Ramalan kemenangan PH tersasar jauh, PN menang tambah majoriti

Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail (tengah) – foto Kosmo Digital

PUTRAJAYA, 7 Julai 24 – Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dengan majoriti yang lebih besar iaitu 4,267 undi.

Abidin yang meraih 14,489 undi menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Joohari Ariffin yang mendapat 10,222 undi.

Keputusan rasmi PRK DUN Sungai Bakap diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan, malam tadi.

Dengan keputusan ini, segala analisa yang mendakwa sokongan berpihak kepada Pakatan harapan telah tersasar jauh.

Sebelum ini media melaporkan kaji selidik yang dijalankan Institut Darul Ehsan (Ide) mendapati trend sokongan pengundi di DUN Sungai Bakap berpihak kepada calon PH, Dr Joohan Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Saya nak sebut berdasarkan kajian yang dilakukan bahawa trend atau sokongannya memang berpihak kepada PH atau Kerajaan Perpaduan. Kata Pengerusi Ide, Profesor Dr Mohammad Redzuan Othman.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu diadakan semula susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Pada PRN lepas, Allahyarham Nor Zamri yang mewakili PN menang dengan majoriti 1,563 undi selepas menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp