TERKINI

Profesor cadang Wilayah Persekutuan ada Dewan Undangan dan Ketua Menteri

Wong Chin Huat (kanan) – foto Astro Awani

KUALA LUMPUR, 21 Dis 2023 – Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berpendapat bahawa model pilihan raya Dewan Undangan Wilayah (DUW) wajar dipertimbangkan untuk dilaksanakan.

Beliau berpendapat bahawa ia perlu menjadikan kerajaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sepertimana kerajaan negeri yang memilih ahli dewan undangan negeri.

“Pertama, adalah kita jadikan kerajaan wilayah persekutuan kuala lumpur ini sepertimana kita ada kerajaan negeri iaitu kita adakan satu dewan undangan wilayah.

“Dan kita memilih adun, ahli dewan undangan wilayah dan parti mana yang dapat majoriti dalam dewan undangan, membentuk kerajaan wilayah. Ujarnya.

Chin Huat juga berkata ketua kerajaan itu akan diketuai oleh Ketua Menteri tetapi kuasanya mungkin kurang daripada Ketua Menteri Pulau Pinang dan Melaka kerana dia wilayah persekutuan.

“Jadi untuk isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan harian, kerajaan ini ada kuasa untuk menentukannya. Ujarnya dalam satu rakaman temubual yang disiarkan oleh astro awani, semalam.

Baru-baru ini, Tan Kok Wai yang juga Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, mencadangkan kepada kerajaan supaya memulakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di bandar raya itu.

Katanya, pengenalan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp