TERKINI

Proklamasi Orang Melayu Adalah Gagasan Strategik – Datuk Dr Ruhanie Ahmad

Ruhanie Ahmad – foto Malaysia Today

KUALA LUMPUR, 4 Mei 2023 – Proklamasi Orang Melayu adalah gagasan strategik mengenai orang Melayu, umat Islam dan masyarakat Peribumi berkaitan dengan survival, keunggulan dan keselamatan kuasa politiknya

Kenyataan itu diutarakan oleh Datuk Dr. Ruhanie Haji Ahmad dalam satu kenyataan, hari ini.

“Proklamasi Melayu adalah gagasan strategik mengenai orang Melayu, umat Islam dan masyarakat Peribumi serta survival, keunggulan dan keselamatan kuasa politiknya; dan juga keselamatan jati diri dan keselamatan sosio-ekonominya di zaman selepas PRU15.

Dalam kenyataan tersebut, Ruhanie berkata misi utama Proklamasi Melayu adalah memperkasakan semula keunggulan kuasa politik orang Melayu, umat Islam dan masyarakat Peribumi menjelang PRU16.

“Ini kerana keunggulan kuasa mereka adalah paksi strategik kepada keselamatan politik dan keselamatan sosio-ekonomi mereka; serta teras penting kepada kedaulatan, kemerdekaan dan keselamatan nasional.

“Jangan diremehkan faktor strategik dan kemungkinan di atas. Kesan dan implikasinya kepada rakyat Malaysia adalah berat, luas dan menyeluruh. Ujarnya

Ruhanie yang juga bekas Pengerusi MARA dan pernah menjadi Ahli Parlimen Kawasan Parit Sulong berkata ini antara sebabnya Proklamasi Melayu menuntut “penyatuan orang Melayu” dan menegaskan, misi ‘menyelamatkan bangsa itu adalah kewajipan’ dan bukannya perkauman. Namun, ia akan menjadi perkauman jika bangsa itu dibiarkan tidak lagi relevan.

“Justeru, ketepikan kepentingan parti dan diri sendiri. Bertautlah semula demi Agama, Bangsa dan Negara. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp