TERKINI

“Proklamasi Orang Melayu Tak Pinggir Bangsa Lain” – Tamrin Tun Ghaffar

Mohd Tamrin Tun Ghaffar – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2023 – Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghaffar Baba, Dato’ Mohd Tamrin menyifatkan Proklamasi Orang Melayu tidak ada beza dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan Tun Razak.

Sungguhpun Proklamasi untuk orang Melayu, namun tidak bermakna bangsa lain dipinggirkan, katanya menerusi catatan diblog; tamrintunghafar.blogspot.

“Walaupun Proklamasi Orang Melayu namum ianya tidak ada beza dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan Tun Razak selepas peristiwa 13 mei 1969; walaupun ianya khas untuk orang melayu tapi tidak bermakna bangsa asing dipinggirkan. Katanya

Dalam catatan itu, beliau juga mengingatkan bahawa di zaman Mahathir, Anwar bebas bersuara dan berdemonstrasi dan Mahathir tidak menyekat pendaftaran parti Keadilan Rakyat seperti yang dilakukan kepada Proklamasi dan pendaftaran Gerakan Tanah Air (GTA).

“Kalau tak mampu balas budi sekurang–kurangnya kita mengenang jasa orang yang berbudi, ujarnya.

Tamrin juga mengingatkan bahawa dokumen perjanjian kemerdekaan 1956 dengan jelas menyatakan bahawa kerajaan Inggeris mengiktiraf negara ini sebagai Tanah Melayu yang kemudiannya dinamakan Malaya dan berikutnya Malaysia. 

“.. atas ikhsan orang Melayu, kaum yang di ‘import’ dari China untuk kerja-kerja melombong dan India untuk menoreh getah dan bangsa-bangsa lain yang lahir sebelum merdeka diberi kerakyatan dengan syarat-syarat tertentu yang mereka mesti patuh.

“Sebagai balasan budi baik orang Melayu memberi mereka kerakyatan, mereka mesti menghormati keistimewaan khas orang Melayu yang diperuntukan. Katanya.

Mahathir pada 19 Mac lalu telah melancarkan Proklamasi Orang Melayu yang bertujuan untuk menyatukan kembali kekuatan politik orang Melayu agar agenda mengenai hak-hak orang Melayu dapat terus dibela. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp