TERKINI

PSI Bukan Projek Lestari – Profesor Murad

Ahmad Murad Merican – Foto malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2023 – Pakar sejarah sosial dan intelektual, Prof. Dato’ Dr. Murad Merican (Gambar) menyifatkan projek Penang South Island (PSI) bukanlah projek yang bersifat lestari, sebaliknya ia satu projek kemusnahan sempurna.

Dalam satu wawancara bersama malayadadaily, Murad berkata perlu diwujudkan paradigma kelestarian yang baharu untuk pulau dengan menyusun semula infrasturuktur dan penempatan bukan meranapkan.

“Yang mesti diwujudkan ialah satu paradigma kelestarian yang baharu untuk pulau, yang mesti menysusun semula insfrastruktur dan penempatan yang tersedia ada, bukan meranap dan merombak landskap dan memusnahkan masyarakat manusia.

“PSI bukan projek pembangunan lestari. Ia projek kemusnahan yang sempurna. Katanya.

Menerusi wawancara itu, beliau juga menyifatkan projek PSI ia sebagai ‘fasa kedua’ usaha peminggiran dan menghalau penduduk Melayu dari Pulau.

“Saya lihat perkembangan ini sebagai ‘fasa kedua’ dalam sejarah Pulau Pinang moden dalam usaha peminggiran dan menghalau penduduk Melayu dari Pulau.

“Hakikatnya tindakan dan projek (PSI) ini, akan dan telah mengubah demografi penduduk di Pulau, terutama sekali penduduk Melayu. Yang pertama berlaku (dalam sejarah Pulau Pinang sejak 1957) bermula pada zaman Gerakan (Parti) Lim Chong Eu.

Murad berkata, apa yang sedang berlaku ialah ethnocide – pengusiran sejarah, budaya dan identity, bukan persoalan tentang Melayu lemah ekonomi atau tak mampu bersaing, namun ia persoalan strategi kerajaan negeri untuk membunuh identiti (Melayu) dan budaya di Pulau Pinang.

“Ini bukan soal nak bercakap Melayu lemah ekonomi, ini bukan soal Melayu tidak boleh bersaing, ini soal strategi yang tersusun; pengusiran atau pembunuhan identiti (Melayu) dan budaya di Pulau Pinang.

“Maksud disini, segala sisa-sisa sejarah warisan Melayu Pulau Pinang, akan habis. Apa yang sedang berlaku ialah ethnocide – pengusiran sejarah, budaya dan identiti.

“Bagi saya, ini adalah ‘game’ yang dimainkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Mereka bagi data, bagi saya, mereka nak kita menganalisis data tu supaya kita lari daripada objektif dan hakikat projek tersebut.

Beliau berpendapat bahawa apa yang penting adalah keselesaan masyarakat untuk mudah bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

“Yang perlu ialah keselesaan orang pejalan kaki dari satu tempat ke satu tempat, keselesaan kehidupan yang tenang, tanpa hiruk pikuk keenderaan bermotor dan sebagainya.

“Jika dilihat kembali, kebanyakan tempat/kawasan di Pulau Pinang boleh dipusatkan dalam radius 2 ke 3 kilometer. Tak perlu pencakar langit. Tak perlu lagi jalanraya.

Sebelum ini, Kerajaan negeri Pulau Pinang telah berjaya memperoleh Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA dan kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi projek tambakan laut Selatan Pulau Pinang atau Penang South Islands (PSI).

Namun demikian, pada 11 Mei kerajaan negeri telah mengumumkan rancangan projek tambak laut Pulau Pinang Selatan (PSI) dikurangkan daripada tiga pulau kepada hanya satu pulau sahaja iaitu pengurangan dari 1,821 hektar (4500 ekar) tambakan laut kepada hanya 930 hektar (2,300 ekar).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu selari dengan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini meminta kerajaan negeri mengkaji semula dan memperkecilkan skop tambakan laut bagi projek tersebut. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp