20 Jan — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menegaskan sokongan penuh terhadap titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai kedudukan Bahasa Melayu dan sistem pendidikan negara, dengan mendesak agar institusi pendidikan yang tidak selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) tidak diberikan pengiktirafan rasmi.
Dalam satu kenyataa, Shahrulufti Sharif yang juga Ketua Penerangan PUTRA menegaskan sokongan tersebut dan berharap agar sistem pendidikan yang tidak selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK).
“Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan yang dijamin oleh Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Ia bukan sekadar alat komunikasi, tetapi lambang kedaulatan, perpaduan, dan jati diri bangsa Malaysia.
“Maka, mana-mana pihak yang enggan mendaulatkan Bahasa Melayu wajar menilai semula kesetiaan mereka kepada negara ini. Katanya.
Dalam kenyataan yang sama, PUTRA turut menggesa agar segala bentuk bantuan kewangan kerajaan dihentikan kepada institusi yang enggan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama atau menolak dasar negara.
“PUTRA mendesak agar segala bentuk bantuan kewangan kerajaan dihentikan kepada institusi pendidikan yang tidak mematuhi dasar dan semangat Perlembagaan. Wang rakyat tidak wajar disalurkan kepada pihak yang menolak dasar negara. Ujarnya.
Titah Yang di-Pertuan Agong mengenai pentingnya Bahasa Melayu dan sistem pendidikan negara menjadi latar kepada kenyataan ini, di mana PUTRA berpandangan bahawa penghormatan terhadap bahasa dan dasar pendidikan adalah sebahagian daripada kedaulatan dan perpaduan negara.
Shahrulufti turut menyeru agar rakyat Malaysia perlu bersatu mempertahankan maruah negara, menghormati Perlembagaan, dan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan nasional. – malayadaily